October 22, 2014

Air Kunyit Pulihkan Tenaga Wanita

Sesetengah wanita akan rasa letih sangat bila datang ‘period’. Kebiasaannya bila diadukan kepada doktor, selalunya doktor tu akan beri juga pil vitamin untuk membantu kita memulihkan kembali tenaga.

Tapi, korang sedar tak bahawa orang dulu ada petua untuk memulihkan tenaga wanita nie. Mereka mengamalkan minum air kunyit untuk memulihkan kembali kesegaran akibat letih lesu semasa datang haid.

Khasiat Air Kunyit

Amalan minum air kunyit bukan sahaja boleh memulihkan tenaga. Bahkan ianya dikatakan turut membantu memulihkan sistem peranakan wanita. Hmmm… satu kelebihan kalau nak dibanding dengan hanya makan vitamin…

Bagi sesiapa yang berminat ni ha che petua kongsi caranya. Senang jer nie… Sediakan satu ruas kunyit hidup, bersihkan elok-elok dan tumbuk. Setelah ditumbuk bertubi-tubi (he..he..), rendam pula dalam satu bekas air suam. Biarkan selama 20 minit dan lepas tu dah boleh minum.

Air kunyit ni sebaiknya diminum dua kali sehari iaitu sekali waktu pagi dan sekali lagi sebelah petang. Tak pun sekali sehari samada sebelah pagi atau petang pun okey gak… Cuba amalkan selama tiga kali seminggu atau dua hari sekali.

laman petua:

khasiat air kunyit, khasiat kunyit, khasiat kunyit hidup, air kunyit, khasiat minum air kunyit
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Blossommommy says:

    Terima kasih atas info. Masa saya berpantang anak pertama pun kena minum air kunyit 3 hari pertama. Jemput ke blog saya untuk kita bertukar-tukar info.

Speak Your Mind

*