Baiki Sinki Tersumbat

Sekali-sekala surirumah pasti akan merasai pengalaman mengalami sinki tersumbat. Maklumlah segala sisa-sisa makanan tu sedikit sebanyak akan tercurah ke dalam sinki ketika membasuh. Sisa-sisa tersebut yang terkumpul lama-kelamaan menyebabkan saluran sinki tersumbat.

Perasaan surirumah? Of course lah geram. Pinggan mangkuk berhimpun tak berbasuh. Nak dibasuh, airnya pula tersekat. So, siapa kata kerja di rumah tak stress.. hihi…

Itu perasaan suri. Bayangkan pulak perasaan sinki tu. Alah, kita yang manusia ni kalu hidung tersumbat sikit jer pun dah rasa tak selesa, apatah lagi si sinki tu. Manusia kalau hidung tersumbat boleh bernyawa ikut mulut. Tapi cik sinki, itulah sesatunya lobang hidung dan itu jugalah saluran mulut.

Alamak..! Ni lah bahana kalu dok sengsorang kat rumah ni hehe.. Dengan sinki pun che petua boleh bahasakan sebagai cik/encik. Need to do something with my ‘weird’ mind.. :)

Okey, berbalik kepada masa’elah sinki tersumbat ni. Penyelesaiannya mudah jer, buang huruf  E dan gantikan dengan huruf A. Tukarkan perasaan “geram” kita tu dengan “garam”. Hmm.. senang nak ingat bukan..!?

Petua orang lama ialah dengan menggunakan GARAM.  Tak tahulah samada korang pernah terbaca di memana sebelum ni, tapi che petua dapat tahu daripada pembacaan bahawa garam kasar mampu berfungsi sebagai bahan pelarut untuk melarutkan segala sisa kotoran yang menyekat saluran sinki. Info ni pun che petua kaji-kaji selepas dapat petua ni daripada orang tua. So, che petua pun cuba-cubalah cari apa sebabnya orang tua-tua dulu pesan suruh guna garam (instead of bedak ke ataupun pasir ke ataupun apa-apa benda lain yang dirasakan sesu’e), dan dapatlah info berkenaan.

Kaedahnya pula -taburkan aja garam kasar secukup rasa ke dalam saluran sinki yang tersumbat tu. Kendian curahkan perlahan-lahan air panas.  Sisa kotoran yang melekat akan larut dan sinki akan lancar semula.

Nota: Sambil mencurahkan air panas tu, korang boleh lah nyanyikan apa-apa lagu yang sesuai dengan suara masing-masing. Curah ikut rentak lagu. Cau cin cau…!

laman petua:

sinki tersumbat, petua sinki tersumbat, cara membaiki sinki tersumbat, paip tersumbat, saluran sinki tersumbat

Comments

  1. MOHD. RODHI PUTEH says

    Sinki dirumah tersumbat, boleh dapatkan contact no siapa yang boleh baikinya.
    rumah di Sri Jelatik Seksyen 10 Wangsa Maju, 012-4041484

  2. nan says

    cuma perlu ke kedai hardware..cari soda batu (bentuk ketul kecil warna putih)…masukkan dalam lubang singki beberapa ketul, tambah garam secukup rasa, tambah cuka…lepas tu jirus dengan air panas (betul2 panas)..InsyaAllah selesai.. :)

  3. nan says

    nak elak sinki tersumbat…beli penapis jaring..letak kat lubang sinki…setiap bulan jirus dengan air panas…biasanya yg tersumbat disebabkan minyak dan sisa-sisa makanan.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>