Entah siapa ler yang mula-mula keluarkan idea kategori bentuk badan nie. Tak pasti lah samada beliau seorang lelaki atau wanita.
Kalau wanita, mungkin tujuannya untuk menghargai dan melahirkan kebanggaan kepada para wanita kerana memiliki bentuk badan yang unik dan istimewa.
Kalau lelaki pula mungkin tujuannya juga sama, untuk menghargai, tapi pada masa yang sama, biasalah kan dah azalinya lelaki suka ‘pandang’ wanita. Setelah lama asyik dok memandang tu, muncullah idea jenis bentuk badan nie.. tak gitu.. hehe…
Apa sekalipun, jika diperhatikan memang tak dinafikan setiap wanita memiliki bentuk yang unik dan secara amnya boleh pula diklasifikasikan kepada beberapa bentuk bunga buah. Semasa keluar dari perut ibu, atau sewaktu zaman kanak-kanak riang dulu, boleh dikatakan semuanya sebentuk jer… bentuk botol ‘coke’.. hihi…
Tapi, bila dah makin membesar dan kesan dari pelbagai faktor seperti gaya kehidupan, diet (makanan) yang diamalkan, masalah kesihatan dan yang paling ketara lepas dah bersalin, maka badan tu pun mula bertukar bentuk.
Nih dia bentuk-bentuknya mengikut pandangan umum seanterio dunia..
Kategori Bentuk Badan Wanita
Bentuk Badan Epal
Bentuk epal nie nampak comel kalau saiz kecil ler. Bentuk badan seperti ini menunjukkan sebahagian besar berat terkumpul pada bahagian tengah badan. Atau dalam erti kata lain, berat lebih banyak tertumpu pada baagian pinggang ke atas. Bahagian punggung pula kecil sahaja, manakala kaki langsing. Jenis bentuk badan epal ini dikatakan tidak seimbang.
Bentuk Badan Pisang
Bentuk pisang nie merujuk kepada tubuh yang lurus dari atas ke bawah. Tak banyak sangat liuk lekuk (curve), kalau ada pun sikit-sikit jer mungkin kat pinggang. Mereka yang memiliki bentuk badan pisang ni adalah yang mempunyai ukuran bahu dan pinggul yang sama. Ukuran pinggang pula biasanya hampir sama dengan ukuran bahu atau pinggul.
Bentuk Buah Pear
Bentuk yang menunjukkan berat terkumpul pada bahagian pinggul dan peha. Bahagian dada lazimnya bersaiz kecil. Manakala lemak dalam badan tertumpu dan disimpan pada bahagian pinggang ke bawah. Bentuk pir nie akan menjadikan pemilihan baju yang bersaiz kecil manakala seluar pula saiz lebih besar kerana memiliki pinggang, punggung dan peha yang besar.
Bentuk Badan Jam Pasir (Hourglass)
Bentuk badan yang menjadi idaman ramai wanita… err lelaki kerana potongan badan yang dikatakan sangat menarik. Bentuk ini dikatakan tengah-tengah antara bentuk epal dan buah pir. Ukuran badan adalah seimbang antara bahagian bahu dan pinggul. Lazimnya ukuran bahu akan hampir sama dengan pinggul, manakala ukuran pinggang nampak ketara lebih kecil seolah-olah ada curve.
encikshino says
jam pasir hehehehe