Bayangkan lah ini soalan terakhir dalam kuiz “Siapa Nak Jadi Jutawan”, agaknya berapa per sen yang dapat jawab ngan betul. Hadiahnya satu juta rupiah, tapi ramai lah agaknya yang akan ‘tembak’ jer jawapan tu sebab tak ‘konfiden’ hihi…
Ramai orang yang selalu ‘tersilap’ (che petua pun samalah hehe…) antara buah cempedak ngan buah nangka nie. Almaklum lah kedua-duanya hampir sama bentuknya.
Tapi sebenarnya ada cara nak bezakan buah-buah nie iaitu dengan melihat kepada beberapa tanda tertentu… Meh kita belajar cara-cara nak bezakan antara nangka ngan cempedak….
Perbezaan Antara Buah Nangka Dengan Buah Cempedak
Nangka
Kulit luarnya pucat.
Keseluruhan kulit luar buah nangka juga diliputi dengan duri yang tajam.
Isi nangka berwarna kuning emas dan berlilin.
Biji nangka tidak mempunyai penutup seperti biji cempedak.
Cempedak
Kulit luarnya berwarna kuning emas hingga coklat kuning dan sederhana gelap.
Kulit luar cempedak juga dipenuhi dengan ‘jerawat’ yang kelihatan rata, sementara bahagian hujung kulitnya berwarna lebih gelap dan sedikit tajam.
Isi cempedak berwarna kuning emas hingga coklat mud, dan tekstrunya seperti kastard.
Bijinya longgar dan ditutup oleh lapisan berkilat seperti kertas.
nordin omor says
laman yg kemas.okey bah.
Hihi says
Rasenye terbalik ah