Artikel petua berkaitan kurangkan lemak dan turunkan berat badan adalah antara petua dan panduan yang paling banyak dibaca. Almaklum sajalah masalah ‘terlebih muatan’ nie nampaknya satu masalah yang dialami oleh ramai orang, baik lelaki mahupun wanita.
Kalau nak tahu berapa meluasnya masalah nie cuba lah buat eksperimen, duduk kat satu tempat di kawasan ramai orang lalu-lalang dan cuba kaji tengok dalam 10 ker atau 20 orang yang melintas, berapa ramai yang kelihatannya seperti ‘terlebih muatan’ nie..
Dari pemerhatian sayalah, selalunya ‘lemak’ nie mula memperlihatkan kehadirannya di badan kita lepas dah kahwin.
Kalau dulu cute jer pengantin perempuan dan yang lelaki pula segak bergaya. Tapi lepas 3-4 tahun berumahtangga… hmmm… Biasalah kan ‘rezeki’ bertambah-tambah lepas kahwin.. hihi…
Justeru, kali nie che petua nak kongsi satu lagi petua berkaitan menghilangkan lemak iaitu dengan menggunakan daun sirih..
Setakat mana keberkesanannya che petua tak tahu. Cuma rasanya elok dikongsi untuk dimanfaatkan oleh sesiapa yang teringin mencuba…
Petua Hilangkan Lemak
Sebenarnya ada cara semulajadi yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan lemak di dalam badan terutamanya bahagian pinggul, peha dan perut. Dikatakan amalan petua nie turut membantu mengeluarkan toksin dalam badan melalui air kencing.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk petua nie termasuklah 140 helai daun sirih, 11 gelas air, 1 sudu besar garam dan 1 sudu teh adas manis.
M.O.nya panaskan semua bahan-bahan tu dalam periuk tanah sehingga mendidih.
Minum lah ramuan yang dah siap dididih tu sebanyak 3 kali sehari.
Satu peringatan ialah jangan sekali-kali disimpan ramuan yang siap tersebut kat dalam peti sejuk kerana dikatakan ia boleh menyebabkan perut buncit jika diminum.






x bahaya ke kalau kite pakai daun sirih ini
Adas Manis tu apa ye? Boleh share gambarnye?
Rupanya seakan-akan “jintan”. Serupa tapi tak sama. Baca perbezaan dan lihat gambarnya kat sini.
nak tye,kan akak ckp jgn letak dlam peti sejuk..xbasi ke air tu nanti?
Ikut panduan yang diceritakan kepada saya, begitulah caranya… didihkan dalam periuk tanah dan jangan simpan dalam peti sejuk. InsyaAllah, tak basi. Jika dilihat pada ramuan pun okey.. tak guna susu atau santan atau bahan2 seangkatan dengannya yg boleh buat cepat basi.