Ish..ish..ish… korang perasan tak zaman sekarang ni ramai orang walaupun muda-muda lagi dah pun ada uban.. Hmm.. tak caya cuba tengok kat cermin.. ahaks..
che petua pun pada suatu masa ada kat sepuluh helai uban yang dikesan… Tapi nasib baik lah bila rambut yang beruban tu gugur, tak ada pulak uban baru yang tumbuh kat kepala nie.. Uban tu ada lagi ler.. mungkin satu dua jer.. hehe..
che petua takde lah pulak amalkan apa-apa petua elakkan ubat… cuma satu jer.. che petua ikut pesanan seorang kawan yang nasihatkan supaya kalau ada uban yang tumbuh tiga empat helai kat atas kepala jangan sekali-kali dicabut. Kalau kita cabut, lepas tu makin menjadi-jadi ler uban tu tumbuh… Hmm.. alhamdulillah berkesan.
Okey, bagi sesapa yang dah ada uban tu seboleh-bolehnya janganlah dicabut. Habis tuh nak buat camne ye..? Rasanya korang pun dah tahu kan, satu cara nak ‘camouflage’ uban tu ialah dengan ‘dye’ rambut. Selain tu, boleh jugak taruk inai kat rambut… inai hitam, inai perang.. rasanya dah macam-macam warna yang ada kat pasaran sekarang nie…
Anyway, selain dari cara menggunakan inai yang ramai dah maklum tu, ada satu petua untuk menghitamkan uban. Caranya begini.. ambil satu genggam daun kari serta setengah cawan santan pekat. Tumbuk daun kari sampai lumat dan campurkan ke dalam santan tadi. Lepas tu rebus dengan menggunakan api yang kecil sehingga ia menjadi likat seperti minyak. Biarkan ia menyejuk dengan sendiri dan lumurkan minyak tu pada bahagian kepala dan rambut yang ditumbuhi uban. Petua nie sebaik-baiknya diamalkan setiap hari. Biasanya selepas seminggu akan nampak hasilnya.
P/s: Rambut beruban (putih) nie bagi sesetengah orang lelaki membuatkan dia nampak lebih seksi… ahaks..!
CeritaMama says
Thank you for the tips.. rambut pun dah makin banyak yang putih2 nie 🙂