Boleh kata hampir semua orang dah tahu bahawa salah satu petua nak kurangkan rabun ialah amalan makan atau minum jus lobak merah. Tiap-tiap hari makan lobak jer kerjanya.. hehe..
Selain daripada lobak, adalah beberapa petua lain yang sebelum nie che petua dah kongsikan kat artikel petua kurangkan rabun nie..
Haa… kali nie nak kongsi lak satu lagi petua yang baru jer che petua dapat tahu…
Petua Kurangkan Rabun
Selain daripada minum jus lobak, banyakkan menatap Al-Quran, banyakkan melihat benda-benda hijau terutama pada waktu pagi, satu lagi petua untuk kurangkan rabun ialah dengan mengamalkan mencuci mata dengan air kelapa.
Kupas sebiji kelapa, samada kelapa muda atau kelapa tua… err… rasanya kelapa muda lebih baguslah kot.. hehe..
Ambil airnya, pastikan ditapis airnya untuk mengasingkan habuk dsb.nya. Gunakanlah air tu untuk membasuh mata.
Seeloknya masukkan air kelapa tu dalam satu bekas besar yang agak-agak boleh muat satu muka. Masukkan kepala dan buka-tutup atau kelipkan mata beberapa kali kat dalam bekas berisi air kelapa tu. Dengan cara ini kita bukan setakat cuci mata kat bahagian luar, bahkan bahagian dalam mata pun akan turut merasa air kelapa tu.
Sebab itulah perlu dipastikan air kelapa tu tidak mempunyai sebarang habuk, debu, kotoran dsb.nya… takut-takut nanti masuk pula dalam biji mata.. huhu..
Bagi sesiapa yang merasakan mata tu makin lama semakin kurang jelas, cubalah amalkan petua ini yang dikatakan dapat membantu memulihkan semula tahap penglihatan.
piqah says
SAYA SALAH SEORANG YG MENGALAMI KEROSAKAN MATA(RABUN)…IN SHA ALLAH SY AKAN CUBA PETUA2 NI.
saffa says
Betul ke guna air kelapa tu? tak pedih heheh kalau betul balik ni saya nak try cuci mata guna air kepala lah