Orang kata cinta itu buta. Tapi, kalau diamati betul-betul, sebenarnya cinta itu tidaklah buta. Hanya ‘pandangan’ kita yang membezakan pendekatan kepada cinta. Dalam erti kata lain, seseorang wanita yang melihat kebaikan dan ciri-ciri yang diminati pada seorang lelaki, akan membuatkan dia merasakan lelaki itulah yang ‘terbaik’ buat beliau sedangkan orang lain tak nampak.
Bila orang lain tak nampak apa yang kita nampak… maka itulah dikatakan “cinta itu buta”…
Ciri-Ciri Lelaki Yang Disukai Wanita Secara Umum
Lelaki tulen
Lelaki yang tahu hakikat bahwa dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori sebagai lelaki.
Lelaki berharga
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki (sering) menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik
Wanita menganggap ‘kecantikan’ lelaki terletak pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan mengotakan janji (bila berjanji).
Lelaki yang bersih dan kemas
Menjaga kebersihan serta berdandan tapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan kena pada tempatnya.
Lelaki yang cerdik
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh pasangannya tanpa perlu diucapkan.
Lelaki yang cekap
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki tabah
Tidak mudah hilang akal apabila berhadapan dengan masalah dan tidak bingung dan kalut ketika menghadapi tekanan, suasana cemas, kesuntukan masa dsb.nya.
Lelaki berwawasan
Sering melakukan sesuatu dengan perancangan, bersifat objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Sering menghabiskan masa melakukan perkara-perkara yang produktif.
Lelaki yang baik
Tidak berfoya-foya. Taat kepada perintah agama. Tidak berjudi, minum arak dan berzina.
Lelaki yang sopan
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati orang lain.
Lelaki yang mengasihi
Biarpun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada seseorang wanita akan tetapi suatu masa kelak wanita itu berharap lelaki itu akhirnya akan meluahkan perasaan kasihnya terhadap wanita berkenaan.
Lelaki yang ceria
Pandai berjenaka dan berkongsi cerita. Kebanyakan masa tidak kelihatan sugul atau sering kelihatan berkerut-kerut dahinya.
Leave a Reply