September 3, 2014

Petua Darah Tinggi

“Cuba ko dengar cakap aku nie, jangan asyik nak melawan saja… jangan sampai aku NAIK darah!”

Haa.. pernah tak korang dialog yang sama atau seakan-akan dengan yang di atas? Hmm.. naik darah.. sebab tu lah kot makin ramai orang kena darah tinggi nie.. hari-hari darah asyik dok ‘naik’ jer maunya tak kena darah tinggi.. huhu…

So, camna lak untuk kita tahu samada kita nie ada penyakit darah tinggi atau tidak? Cara yang terbaik tentunya dengan pergi periksa kat hospital atau klinik. Tapi sepertimana kebanyakan yang lain (termasuk lah che petua sendiri), selalunya ada saja  alasan untuk tak mau gie periksa tu.. hehe..

Selalunya juga kita boleh rasa kalau ada sesuatu yang tak kena ngan tubuh kita. So, kalau ada yang rasa kurang selesa tu atau pun memang selama nie dok terasa ada kemungkinan paras darah tu dah makin meninggi eloklah gi check ngan doktor.

Bukan apa.. penyakit nie biasanya kalau baru peringkat awal, takde lah memudaratkan sangat. Bagi yang dapat tau ada tanda-tanda darah tinggi tu, moga-moga dapatlah ‘berpantang’ dan beringat sikit supaya darah yang meninggi tu dapat dikembalikan ke paras normal.

Tanda-tanda Penyakit Darah Tinggi

  • Sering rasa sakit kepala, terutamanya ketika bangun dari tidur.
  • Rasa berdengung pada telinga.
  • Kerap rasa pening.
  • Gangguan pada penglihatan.

hipertensi

Mungkin benar keupayaan seseorang mengawal ‘kemarahan’ atau tahap emosinya ada kaitan ngan penyakit darah tinggi nie, tapi kalau ikut kajiannya punca utama terjadinya penyakit darah tinggi adalah disebabkan pemakanan.

Punca-punca yang boleh menyebabkan risiko penyakit darah tinggi

  1. Banyak sangat makan garam. Err.. maksudnya penggunaan dan pengambilan garam yang berlebihan dalam masakan dan makanan. (Nota: ada ker orang yang makan garam saja.. hehe)
  2. Banyak makan daging, ikan dan sayuran yang disalai (dibakar).
  3. Gemar makan bahagian otak dan buah pinggang haiwan yang lazimnya amat kaya dengan garam.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate.
  5. Boleh juga disebabkan oleh tekanan emosi dan keadaan sekeliling yang menyebabkan “stress”.

Apa sekali pun, bagi mereka yang menghidap darah tinggi, janganlah terlalu risau. InsyaAllah ada petua yang boleh diikhtiarkan untuk mengatasi masalah darah tinggi nie terutamanya bagi yang masih di peringkat awal.

Petua Turunkan Darah Tinggi

Sediakan satu batang pokok belimbing tanah. Rebus dan minum airnya dua kali sehari.

ATAU

Ambil satu mangkuk bulu jagung. Rebus bersama dua gelas air. Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih kurang satu gelas.

Minum air rebusan bulu jagung tersebut sebanyak 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti setiap hari. Jika diamalkan berpanjangan dengan izin Allah paras darah tinggi akan mula menurun.

ATAU

Ambil tujuh pelepah daun cermai. Rebus dengan satu liter air. Sebaik saja air mendidih cepat-cepat keluarkan daun tersebut.

Bila dah sejuk sedikit, minum air rebusan tu dua kali sehari. Cuba tanya doktor samada terdapat perbezaan, sebelum dan sesudah mengamalkan petua berkenaan.

ATAU

Ambil satu gelas air kelapa muda. Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau hingga sebati dan minum. Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menurunkan kembali paras darah tinggi.

ATAU

Amalkan makan dua ulas bawang putih setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya. Bawang putih tu perlu dibakar terlebih dahulu.

Satu cara lagi ialah ambil tiga ulas kecil bawang putih. Tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak. Kendian minum setiap hari selepas bersarapan. Amalkan setiap hari selama seminggu. Dikatakan hasilnya sangat berkesan, insyaAllah.

laman petua:

petua turunkan darah tinggi, cara turunkan darah tinggi, petua turunkan darah tinggi dengan cepat, darah tinggi, ubat darah tinggi tradisional
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*