Soalan:
Saya ada masalah! Saya rasa saya mengalami sejenis ketagihan iaitu ketagih minum kafein. Satu hari kalau tak minum minuman berkafein memang saya akan rasa gelisah. Pernah saya cuba untuk tak minum tapi lepas tu saya rasa macam sakit kepala. Tidaklah sakit kepala yang teruk, tapi membuatkan saya rasa tidak selesa. Persoalan yang bermain di fikiran saya ialah adakah pengambilan kafein memberikan kesan yang buruk lebih-lebih lagi kalau diamalkan setiap hari?
Jawapan:
Semua orang ada masalah, so jangan lah terlalu bimbang sebab selalunya dengan ilmu dan kesabaran akhirnya setiap masalah akan dapat diatasi. Yang jadi masalah bertimpa ialah bilamana ada orang yang lari daripada berhadapan dengan masalah. Ohh.. meh kita tumpukan kepada persoalan utama iaitu masalah kefen tu tadi 🙂 Anda tak perlu risau kerana tak salah pun kalau nak mengambil minuman berkafein setiap hari. Tapi yang sebaik-baiknya pengambilannya perlu berpada-pada.
Boleh minum kafein setiap hari tapi pastikan ia tak lebih 300 miligram sehari taau lebih kurang dua cawan kopi atau 5-6 cawan teh sehari. Kalau banyak sangat minum, dari situlah mulanya timbul implikasi. Pengambilan kafein yang berlebihan dikatakan boleh menyebabkan masalah kegelisahan, susah nak tidur dan juga masalah penghadaman makanan.
Kalau selama ini minum kopi atau teh lebih banyak daripada kadar yang sepatutnya, eloklah mula kurangkan. Kalau tak nak kurangkan pun tak mengapa, takde siapa yang nak larang..
Tapi kalau berhasrat nak kurangkan ‘ketagihan’ tu, boleh cuba usahakan secara berdikit-dikit. Sebagai contoh, kalau selama ini minum 6-7 cawan kopi sehari, kurangkan pengambilannya kepada 3-4 cawan sehari untuk tempoh dua minggu, dan lepas tu kurangkan pula kepada 1-2 cawan sehari.
Ohh.. selalunya ramai orang yang tak sedar, bahawa selain kopi atau teh, minuman bikarbonat dan produk minuman berkoko juga turut mengandungi kafein. So, bagi yang jenis banyak minum air gas tu eloknya juga sering memantau kadar yang diambil setiap hari.
Leave a Reply