October 30, 2014

Elak Almari Baju Berbau Hapak

Almari pakaian kekadang mudah berbau hapak.  Jika ini terjadi, baju-baju di dalamnya akan turut berbau hapak.

Adapun terdapat pula sesetengah orang yang suka sangkut balik baju yang dah dipakai dan belum dibasuh ke dalam almari. Nak dilarang… apakan daya.. itu almari dia yang punya.. jadi ikut sukalah dia nak buat apa pun.. ahaks…

Tujuannya pun  ’mulia’ iaitu nak jimat bil air. Tapi kekadang memberi kesan sampingan yang mana habis satu lemari terpalit bau-bauan yang tidak menyenangkan.. hihi…

Untuk menghindari bau hapak atau bau-bauan yang tak disengajakan tu, ini ada beberapa petua yang boleh dicuba….

Petua Elak Pakaian dalam Almari Berbau Busuk

1.  Letakkan sebuku sabun mandi di dalam almari.  Wangian daripada sabun akan mengatasi bau hapak.

2.  Basahkan sedikit kapas dengan semburan minyak wangi anda. Kemudian tinggalkan kapas tersebut di dalam almari.

3.  Sediakan beberapa kuntum bunga melati.  Pastikan bunga melati yang dikutip masih menguncup dan belum terbuka kelopaknya.  Letakkan bunga-bunga tersebut di dalam mangkuk kecil dan tinggalkan di dalam almari.  Almari akan berbau harum semerbak.

4.  Kerat kecil beberapa helai daun pandan dan letakkan di dalam almari.  Bau hapak akan hilang dan diganti dengan wangi daun pandan.

5.  Jika ada botol minyak wangi yang sudah habis, jangan terus dibuang.  Buka penutup botol wangian dan letakkan di dalam almari.  Ia masih mampu mewangikan almari anda sekurang-kurangnya selama beberapa hari.

laman petua:

almari baju, petua mewangikan almari baju, petua menghilangkan bau almari, dalam almari baju, sebuku sabun
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*