Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas.
Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.
kechik fizie says
mak aihh. .masin!!
tapi Alhamdullilah kurang skit pedih nye :’)
che petua says
Hihihi… lawok la Fizie nie.. happy go lucky orangnya.. hihi..
cthazel says
tekak saye teramat2 sakit skunk niew…
bole percaya ke dgn petua kt atas nie…
che petua says
Saya dah buat memang mujarab. Tapi kalau awak ada rasa was-was baik jangan buat.. hihi…
adi says
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya sekarang ni tengah sakit tekak..nak telan air liur pun susah..kadang2 rasa tersekat salur penafasan saya..jantung pula berdegup kencang,ada sesiapa boleh tolong berikan cadangan atau pandangan untuk melegakan sakit saya ini
hasriq says
ada kah membuat komohan dgan air garam bekesan???
che petua says
Selama yg saya amalkan setiap kali terasa sakit tekak berkesan ler.. Biasanya selepas berkumur 3-4 kali ia akan beransur-ansur reda. Amalkan lagi sehingga ia benar-benar pulih. Dan elakkan makan benda-benda yg pedas dan banyak minyak.
whatever says
ni lagi 1 petua untuk hilangkan atau kurangkan sakit tekak
Potong limau nipis ikut creativity. Perahkan juice limau ke dalam piring kecik. Lepastu, masukkan kicap ke dalam perahan juice limau nipis tadi. Nisbah, agak agak la. Jangan terlampau masam sangat nanti, masalah cirit birit pulak kan HEHE. Lepastu, minum lah agak agak 1-2 sudu besar campuran kus limau nipis dan kicap tadi.
Amaran;
Jangan terlalu masam. Nanti ciritbirit.
Kalau batuk dan sakit tekak yang berpanjangan, sila rujuk doctor.
che petua says
Digarap dengan gaya bahasa yang mudah faham tapi menarik. Kreatifff..! Siap ada ‘warning’ lagi tu.. hihi…
Terima kaseh Tuan. Pastinya ramai yang dapat ambil manfaat daripada perkongsian anda.
nurul says
tekak saya nk telan air liur pon xbleh… sakit nya 🙁 hopefully petua ni menjadi..