Soal Jawab Kecantikan
Soalan:
Saya telah mencuba pelbagai jenis krim selulit dan biasanya krim tersebut, ikut pengamatan saya, hanyalah berkesan pada bahagian lengan dan peha sahaja.
Apakah ada cara atau penggunaan ubat atau krim khas yang lain yang lebih sesuai untuk menghilangkan selulit pada bahagian perut?
Jawapan:
Sekiranya anda dah cuba pelbagai jenis krim secara moden, tetapi masih belum mendapat hasil yang memuaskan hati, apa kata cuba pula cara mengatasinya secara kaedah tradisional.
Satu petua untuk merawat selulit yang diamalkan oleh kebanyakan wanita dahulu ialah dengan menggunakan serbuk kopi. Cuba sapukan serbuk kopi bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati serta menghapuskan selulit yang degil pada bahagian perut.
Rasanya tak salah untuk dicuba cara ini memandangkan risiko kesan sampingan hampir tiada dan kopi juga boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan pasaraya. Harganya pun tak lah begitu membebankan. Cubalah!
Riham Razak says
Serbuk kopi tu nk kne cmpur air ckt ka bru blh sapu kt perut..??ke sapu serbuk kopi semata..klu serbuk kopi semata mn nk lekat kt perut..
che petua says
Good observation! Betul lah tu.. kena campur ngan air sikit supaya ia mudah melekat.
che petua tak sebutkan dalam artikel sebab ‘overlooked’ dan pada masa yang sama assumed kata mungkin semua orang dah tahu. Hmm.. tapi it’s good to be specific supaya tak tersalah faham. Terima kasih Riham kerana ‘highlight’ kan perkara ini. 🙂
Riham Razak says
U r most wlcm..
nisah says
salam…nk tambah skit ilmu.. serbuk kopi perlu cambur dgn madu.. ia berkesan kt saya hehehe
eiyma says
Pakai waktu mlm ke siang . pki brapa lma
asyraf says
Campur putih telur lagi melekat.