Jujur Dalam Percintaan

Haa.. ini rasanya topik yang menarik nie sebab (hampir) semua orang tentunya ingin mencintai dan dicintai… sayang-menyayang cinta dikenang gitu..

Kalau lah korang ditanya apa itu CINTA… apa agaknya jawapan yang diberi ye.. Hmm.. rasanya macam-macam jawapan menarik leh keluar nie… contohnya cinta itu ibarat awan yang berarak, kekadang berseri.. kekadang mendung.. atau cinta itu umpama ombak di lautan dan macam-acam lagi lah.. hehe..

Satu lagi kalau ditanya apa sebab orang bercinta tentunya juga kita akan dapat pelbagai jawapan. Namun, kalau diteliti betul-betul bukan semua jawapan tu boleh diguna pakai.

Jika dibelek-belek nampak macam ada jawapan yang diberikan seolah-olah mencerminkan tujuan yang tak jujur dan tak serius dalam menjalinkan hubungan cinta.

Meh kita tengok antara jawapan-jawapan yang boleh dikategorikan sebagai alasan bercinta yang jujur dan yang tidak jujur.

Jujur Dalam Bercinta

1.  Bercinta kerana mahu mengenali hati budi seseorang dan mengimpikan hubungan yang membawa ke jinjang pelamin atau ikatan perkahwinan yang sah.

2.  Bercinta kerana tertawan dengan kelembutan dan sifat-sifat terpuji pasangan yang tidak ada pada orang lain.

3.  Bercinta kerana ingin menjadikan si dia teman sehidup dan semati.

4.  Bercinta kerana mahu berkongsi susah dan senang dengan seseorang yang dirasakan bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

5.  Bercinta kerana dirasakan telah bertemu dengan ‘jiwa lara’ yang dicari-cari selama ini.

6.  Bercinta kerana mahu mencari sesuatu yang dirasakan terlalu istimewa yang pasti hanya berlaku sekali seumur hidup.

7.  Bercinta kerana keindahan cinta itu terlalu besar dan adalah menjadi satu kerugian andainya seseorang itu menolaknya.

Tidak Jujur

1.  Bercinta kerana memerlukan teman menemani sepanjang masa.

2.  Bercinta kerana melihat orang lain bercinta dan mahu mencuba dan merasai benarkah cinta itu terlalu indah atau sekadar satu perasaan yang biasa-biasa jer.

3.  Bercinta kerana mahu mengisi masa lapang dengan insan-insan yang dirasakan mampu menghiburkan hati.

4.  Bercinta kerana ia datang tanpa disedari dan tidak mampu menolaknya.

5.  Bercinta kerana simpati dan tidak sampai hati untuk berkata tidaaakkk…!

6.  Bercinta sebagai pelengkap hidup kerana mengikut prinsip hidup ini perlu berpasang-pasang.

7.  Bercinta kerana rupa semata-mata.

 

Apa pula pandangan anda tentang percintaan? Silalah komen untuk berkongi pendapat anda.

 

laman petua:

tips jujur dalam cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>