Ada tak sesapa yang perasan akan perubahan cuaca dunia sekarang ni yang semakin panas. Hmm.. tak perlu lah kita nak cakap pasal dunia, tapi rasanya di persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja kita pun mungkin ramai yang dah terasa bahangnya.
Bahang kat kawasan sekitar satu hal, campur lak dengan bahang asmara yang timbul akibat tekanan perasaan, hmm.. maka bertambah-tambah naiklah temperature nya!
Temperature yang tinggi akibat suhu persekitaran dan juga akibat faktor-faktor manusia dan jalan (ada orang yang panas bila jalan jammed!) akan menyebabkan badan kita pun turut jadi ‘panas’. Sepertimana semua orang dah sedia maklum, panas tu tak elok untuk kesihatan fizikal dan lebih-lebih lagi mental, so bila dah panas tu kena lah sejukkan.
Banyak juga caranya kalau kita nak sejukkan badan. Satu cara ialah duduk bawah kipas angin (jangan lupa tekan suis ON hihi..). Bagi yang ada duit lebih tu mungkin bukan setakat kipas angin, siap pasang ‘air-cond’ lagi kat rumah tu.
Selain dari cara menyejukkan badan dari ‘luar’ sebenarnya cara yang lebih bagus kalau nak sejukkan badan ialah dengan menyejukkan dari ‘dalam’. Caranya ialah dengan minum jus buah.
Buah-buahan yang boleh digunakan untuk dijadikan jus tu ikut citarasa masing-masing lah. Cumanya di sini che petua nak kongsi satu ramuan jus yang dikatakan memang berkesan… hehe… Berkesan berdasarkan pengalaman saya lah. Lain orang, mungkin juga lain penangannya. Sebab rambut sama hitam tapi darah lain-lain..
Jus Penyejuk Badan
Bahan-bahan: 2 biji epal, 1 biji peria dan 1 cawan susu
Masukkan suma bahan-bahan tu dalam blender dan kisar. Kendian letak sedikit ais sebelum dihidangkan. Kalau tak nak pakai ais pun tak mengapa malah lebih digalakkan. Jus minuman nie berkesan untuk menghilangkan rasa bahang dalam badan.
Selain menjadi ‘penyejuk’ dan menurunkan suhu badan yang kepanasan, jus nie juga mampu membuatkan badan menjadi lebih segar dan ia juga membantu menyegarkan nafas. Cuba korang try..
Atie says
Dengan masa yang tak berapa ada ni.. hmm saya rasa resepi nilah yang paling cepat dan mudah nak disediakan.. time kasih untuk resepi..
che petua says
Yap.. tak sampai 5 minit siappp..!
haida says
cm sedap je..nk kna try ni, mklumlah tgh pregy ni asyik rse pns dan xslesa plk..