December 22, 2014

Jus Pembakar Lemak

Salam,

Korang selalu kalau pegi restoran, minuman apa yg selalu diorder?  che petua biasa air suam jer ahaks… jaga kesihatan lah katakan.. Ada juga yg suka order barli atau air limau nipis atau air soya atau … dan atau… ehh.. banyak lak pilihan nyer kan…

Kay lah, che petua sebenarnya nak kongsi tentang satu jus nie.. yg rasanya tak leh nak dapat kat mana-mana restoran dalam Malaysia nie, kecuali kalau korang jadi tauke restoran tu.. hehe..

So, kena buat sendiri lah jus nie, pas tu taruk dalam bekas plastik.  Bila singgah makan di mana-mana kedai boleh mintajus bakar lemak gelas kosong jer sebab jus dah ada..

Jus ni dikatakan sesuai untuk membakar kolesterol atau lemak berlebihan dalam badan.  Malah ia disarankan utk sesapa yg dah cecah usia 30an.

Jus Pembakar Lemak

Bahan-bahan:  1 biji epal  +  1/2 biji timun  + setangkai seleri  (kalau tak tahu apa itu daun seleri, cuba tengok citer Wonderpets.. kay)

M.O.nya senang jer… kisar semua bahan-bahan tu dalam blender dan amalkan minum setiap pagi.

Kandungan yg terdapat dalam buah epal dan seleri dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser.  Selain menurunkan kolesterol dalam badan ia juga boleh mengurangkan masalah sakit kepala.

laman petua:

JUS PEMBAKAR LEMAK, minuman pembakar lemak, khasiat seleri, PEMBAKAR LEMAK, khasiat jus seleri
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Essay Man says:

    seleri tu, sebatang(sehelai?) ke, atau sepokok? yg dalam gambar di atas tu kira 2 la ya?

    • che petua che petua says:

      Sebaiknya guna sepokok (pinjam bahasa/terma awak) tapi tak termasuk akarnya. Kekadang masa beli kat pasar pagi, saya perasan ada yg jual batangnya saja. Itu pun kira bolehlah.

  2. Seri Hazmi says:

    Sepokok…? Spokok yg brbatang2 2….? Cam xleh nak telan rasanya.. klau 2,3 batang je blh x…?

    • che petua che petua says:

      Uhh.. itu ‘bahasa’ jer tu. Saja saya joked dengan Essay Man. Apa yang saya maksudkan yang sebenarnya ialah sebatang. Tapi bukanlah batang kosong jer, biar ada dedaun nya sekali.

      Bila Seri timbulkan perkara nie baru saya sedar, hmmm… ada kemungkinannya Essay Man pun tersalah faham. Maafkan saya jika ada timbul kekeliruan.

      So, try dulu sebatang atau setengah batang. Bukannya apa, sekadar ambil zat dan khasiatnya saja. Bila dah serasi dan lidah (dan tekak) boleh terima, bolehlah tambah sebatang dua lagi ikut kesesuaian.

Speak Your Mind

*