Pernah terfikir ke soalan nie? Kenapa agaknya ye..
Dah diaorang jual popcorn kat panggung. Makanan sendiri tak leh nak bawa masuk. So, ramai ler yang (terpaksa) membeli popcorn atau bertih jagung nie.. ahaks..
Bertih jagung adalah murah dan senang didapati. Ia juga memang rangup dan sedap! Popcorn nie sebenarnya dah wujud sejak 5600 tahun dahulu. Orang Inggeris dulu-dulu dikatakan gemar makan bertih jagung dengan gula dan krim waktu bersarapan. Ia taklah begitu popular sperti bijirin sarapan hari nie tetapi ia antara snek yang sangat disukai.
Jadi apa pula kaitan bertih jagung dengan menonton wayang? Hmm.. mengikut ceritanya satu masa dulu, kebanyakan orang akan makan bertih jagung atau popcorn nie di rumah jer. Waktu tu boleh beli daripada penjaja yang jual kat tepi jalan semenjak popcorn jenama “Jolly Time” menjadi kegilaan ramai sejak diperkenalkan pada tahun 1914.
Apabila wayang mula-mula ditayangkan pada tahun 1910-an, selalunya ia ditayangkan di panggung mewah dan pada masa itu makanan tidak dibenarkan dibawa masuk. Wayang pada masa tu tak ada bunyi, jadi bunyi orang mengunyah makananan boleh mengganggu orang lain.
Fakta Menarik Tentang Popcorn
- 98% daripada isirong mesti meletup. Kalau tak meletup, maknanya bertih jagung tu dah masuk angin atau dari jenis ‘low quality’.
- Tidak semua bertih meletup – bertih jagung ialah bertih istimewa yang ketulannya meletup apabila air yang terkandung di dalamnya dipanaskan dan mengembang menjadi wap.
- Jangan simpan bertih jagung dalam peti ais sebab ia akan menyebabkan ia menjadi keras.
Selepas kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929, panggung-panggung mewah ini ditutup. digantikan pula dengan tempat menonton atau panggung yang lebih kecil dan lebih murah. Waktu tu peraturan membawa makanan dah tak ketat sangat. Tauke panggung wayang kemudiannya mulai sedar ramai pelanggan yang sering membawa bertih jagung yang dibeli dari penjaja kat tepi jalan. Jadi tauke-tauke panggung pun mulalah menjual bertih jagung untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Kelebihan bertih jagung ialah ia cuma memerlukan modal yang rendah untuk dibuat dan mampu menghasilkan keuntungan yang tinggi. Beli daripada pengeluar, buat sendiri popocorn tu dan jual.
Zaman sekarang nie panggung wayang memang buat duit banyak dengan menjual popcorn dan segala macam makanan. Cuba bandingkan harganya dengan harga makanan tu kat luar. Hmm.. untung memang berlipat kali ganda. Dua tiga kali lipat tu.. hehe.. Rasanya jual popcorn jer dah boleh cover bayar duit gaji pekerja diaorang.. ahaks..
Leave a Reply