Sebelum ni che petua ada citer pasal betik… err.. daun betik. Kali nie nak kongsi pula berkenaan buah betik itu sendiri.
Petua Betik Untuk Kulit
Jus betik muda dikatakan berguna untuk merawat beberapa masalah kulit. Selain diminum, disarankan juga untuk sapu jus betik ke bahagian kulit yang bermasalah termasuklah kalau ada kulit bernanah, berkutil, berketuat dan seumpamanya serta untuk kulit berjerawat.
Selain daripada jus yang dibuat daripada buahnya, orang dulu-dulu juga ada petua yang menggunakan jus atau pes (paste) yang dibuat daripada biji buah betik. Jus ini disapu pada bahagian kulit yang berkurap dan juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa biji betik sebenarnya boleh dimakan. Rupa dan rasanya pun seakan-akan lada hitam. Jadi, ia juga adalah alternatif kepada lada hitam.
Biji betik adalah bersifat anti-bakteria dan berkesan menentang bakteria E.Coli dan Salmonella serta jangkitan Staphylicoccus. Ia boleh menyingkirkan parasit yang biasanya akan berkampung di bahagian usus, hati dan buah pinggang. Selain itu, biji betik yang dimakan juga dikatakan membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
Kebaikan betik untuk lelaki
Sebagaimana buah jambu, tembikai, tomato dan beberapa jenis buah lagi, buah betik diketahui kaya dengan likopena. Likopena ialah karotenoid (pigmen antioksidan semulajadi) yang biasanya terdapat pada buah-buahan yang berwarna merah dan jingga.
Buah-buahan yang kaya dengan likopena dan diambil bersama teh hijau dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser prostat bagi orang lelaki.
Ada kajian yang menyebut bahawa amalan makan buah-buahan yang kaya dengan likopena dan minum teh hijau mampu menurunkan risiko pembentukan kanser prostat sehingga 86 peratus. Hmm… risiko tetap ada (baki 14 peratus lagi), so doa-doalah supaya kesihatan tetap terpelihara sepanjang masa.
Kebaikan betik untuk wanita
Secara spesifiknya, bagi wanita pula digalakkan untuk makan buah betik muda. Betik muda bermanfaat untuk kaum wanita yang sering mengalami masalah senggugut dan juga bagi melancarkan pengaliran serta membantu membetulkan kitaran haid.
Leave a Reply