Sebut jer ‘kunyit’ satu benda yang terpacul di fikiran ialah warna kuning atau lebih tepat lagi serbuk halus yang warna kuning terang tu. Yang kalau terkena pakaian tu memang susah nak buang.
Kunyit adalah antara perencah lazim yang kita letak dalam masakan demi menambahkan kelazatannya. Hmm… anyway camna sebenarnya kalau kita nak describe rasa kunyit ek? Kalau gula rasanya manis, garam rasa masin, cuka rasa masam.. dan kalau kunyit lak?? Entah ler.. tapi dah macam ‘kemestian’ untuk letak kunyit tu, kalau tidak masakan tu rasa macam ‘missing’ sesuatu.
Kalaupun tidak pada rasanya, mungkin pada luarannya… kalau tak caya, cuba korang goreng ikan atau ayam tanpa melumurnya dengan kunyit. 9 per 10 kebarangkaliannya mesti anak-anak (tak pun suami tercinta) akan tegur bahwa ikan goreng tu nampak ‘pucat’… hi..hi..
Kekadang juga ada orang tak dapat bezakan antara kunyit dengan halia. Mungkin pernah terjadi kat sesetengah orang, terutamanya para suami yang baru kahwin tu, pergi pasar dengan misi untuk membeli kunyit tapi terbeli halia.. memang pelik tapi benar-benar berlaku.. ahaks…
So, sebelum bercerita lanjut tentang khasiat kunyit ni, elok juga kalau kita kenali dulu perbezaan antara kunyit ngan halia nie ye tak… Cara yang terbaik ialah tengok gambar ler.. senang…
Sekilas pandang nampak seakan sama, tapi perbezaan ketara ialah warna kunyit lebih kepada kuning terang benderang atau warna oren. Lagi satu, ikut pemerhatian che petua, kunyit yang banyak dijual di pasar kat kawasan rumah saya nie saiznya lebih kecil berbanding saiz halia.
Manfaat Kunyit
Sebelum ini saya dah pernah kongsi beberapa petua yang dimanfaatkan daripada kunyit. Antaranya petua menghilangkan gatal ulat bulu, mengatasi masalah tidur berdengkur dan kunyit hidup untuk masalah jerawat.
Selain itu, kunyit turut digunakan untuk rawatan kulit melecet, contohnya apabila kaki melecet akibat terjatuh, main futsal dsb.nya. dan juga untuk merawat luka kecil.
Merawat Kulit Melecet
Caranya ialah ambil satu batang kunyit hidup dan belah kepada beberapa potongan kecil (seumpama memotong hirisan timun). Lepas tu gosok perlahan-lahan isi kunyit tu pada bekas yang melecet. Orang tua-tua kata, kalau ikut petua nie nescaya kulit yang melecet tidak akan meninggalkan parut apabila sembuh kelak.
Merawat Kudis Kecil
Petua ni lebih kepada luka-luka kecil atau kudis kecil yang biasanya dialami kanak-kanak yang entah kat mana diaorang main ataupun untuk kes-kes yang mendapat ‘luka kecil’ kerana kulit sensitif pada gigitan nyamuk atau agas.
Untuk mengubati kudis tersebut, ambil sebuku kunyit dan tumbuk hingga halus. Kemudian campurkan pula dengan empat sudu minyak kelapa. Panaskan kesemua bahan tersebut lebih kurang 3 minit. Biarkan seketika dan bila dah agak sejuk, sapukan pada bahagian yang berkenaan.
Petua-petua lain yang boleh dimanfaatkan dengan kunyit:
1. Membantu menyembuhkan selsema bayi.
2. Air kunyit membantu memulihkan tenaga wanita selepas haid.
zuhairi says
Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.risiko untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus..hubungi sy mohd zuhairi…0174687570
zuhairi says
Mmg bkesan..sbtol ada 140 kapsul…dgn formula sjukn bdan..hrga rm65
rosemona says
Btlke kunyit nie blh mngurgkn lendir tekak