December 22, 2014

Khasiat Peria

Bila sebut jer buah peria… dalam kepala otak mesti dah teringat ‘pahit’ betul tak? Mmm… memang betul pun buah peria nie cukup pahit rasanya. Tapi di sebalik rasa pahit tu tersimpan sejuta manfaat untuk kesihatan!

Dulu-dulu che petua sendiri tak suka makan peria nie. Tapi bila dah tau khasiatnya, hmm.. digagahkan juga ler nak amalkan makan peria. Cara nak makannya pun senang jer… basuh bersih-bersih kendian potong macam kita hiris timun tu untuk dibuat ulam semasa makan nasi. Kalau rajin buat sayur peria masak cili. Bukan selalu pun… Dapat amalkan makan seminggu sekali pun dah kira okey la kot..hehe.. Bagi sesiapa yang sanggup makan tiap-tiap hari tu memang che petua tabik ler.

Khasiat Buah Peria

Okey… meh kita tengok beberapa khasiat yang boleh dimanfaatkan daripada buah peria nie…

Kencing Manis

Dikatakan air perahan buah peria dapat menurunkan kadar gula dalam darah untuk orang yang kena penyakit kencing manis @ diabetes.ulam peria

Ambil 2 biji buah peria, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian yang kecil. Kendian masukkan potongan peria tu kat dalam blender, tambahkan lebih kurang 1/2 gelas air suam dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Amalkan meminum air perahan nie 2 kali sehari pada pagi dan petang. InsyaAllah, paras gula yang tinggi dalam badan pesakit diabetes akan menurun.

Berak Berdarah

Sama seperti cara kat atas.. ambil dua biji peria dan ‘blend’ untuk dapatkan airnya. Minum air perahan 2 kali sehari untuk menyembuhkan sakit berak berdarah.

Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu

Makan peria sebenarnya bagus untuk ibu-ibu yang ada masalah kekurangan susu badan. Sediakan sebiji peria segar, cuci bersih dan rebus. Makan peria rebus nie sebagai ulam ketika menjamah nasi.

Bisul

Ambil satu biji peria segar. Hiris dan lumatkan ia kemudian tampal pada bahagian yang kena bisul. Petua nie dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan bisul.

laman petua:

khasiat peria, berak berdarah, khasiat buah peria, buah peria, petua berak berdarah
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. fitri says:

    sedapnye peria.tumis dgn kentang,ltk air skt dlm tu.mmg sedap sgt

Speak Your Mind

*