Soal Jawab Kesihatan
Soalan:
Ada kawan saya bagi petua cuci perut. Petuanya ialah lama-lama sekali, contohnya dua tiga bulan sekali amalkan makan julap untuk mengosong dan mencuci perut. Dia dah amalkan sejak bujang lagi dan sekarang dah berkahwin dan ada anak. Nampaknya petua tu menjadi sebab katanya dia jarang sakit dan berat badan pun maintain saja walaupun lepas berumahtangga.
Benarkah seseorang itu perlu makan ubat cuci perut atau julap sekali dalam tiga bulan untuk tujuan kesihatan?
Jawapan:
Melainkan jika terpaksa, pengambilan julap atau ubat cuci perut sewajarnya dielakkan. Amalan terbaik ialah untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang berkelayakan dan berpengalaman sebelum menggunakan sebarang jenis ubat-ubatan dengan tujuan untuk mencuci perut.
Dalam memelihara kesihatan perut dan tubuh, sebenarnya tidak memerlukan sebarang ubat julap, sebaliknya pengambilan makanan yang teratur dengan gizi seimbang termasuklah pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang banyak mengandungi serat dilihat sudah cukup untuk membantu.
Jika betul pemakanan yang diamalkan dan sukatan makanan adalah yang sepatutnya dan tidak berlebih-lebihan, maka makanan yang banyak mengandungi serat atau fiber tersebut akan membantu sistem pencernaan tubuh. Dengan demikian proses membuang air besar untuk mengeluarkan toksin dan bahan yang tak diperlukan oleh tubuh akan menjadi normal dan lancar.
Che Matt says
Betul dah tu…kita perlu cuci usus dari najis yang melekat pada dinding usus setiap 1~2 bulan sekali supaya nutrisi dari makanan yang kita makan senang diserap melalui dinding usus. dan dapat mengelakkan barah usus kerana najis yang terkumpul boleh menjadikan tempat kuman berkumpul.
Che Matt ada jual produk cuci usus iaitu Herblax dari sumber semulajadi dan bukan bahan kimia. in shaa Allah selamat dan berkesan. Kalau mahu boleh lawat blog Che Matt.
Rina says
Please send details thanks.