Soalan:
Saya seorang wanita berusia pertengahan 20-an dan baru saja bekerja. Kulit muka saya normal dan sentiasa dijaga agar kekal bersih.
Masalah saya ialah selepas mula menggunakan mekap, kulit muka saya mula bermasalah. Wajah saya mula timbul jerawat dan bernanah. Dah banyak produk saya cuba namun hasilnya tetap sama.
Semakin hari bertambah risau sebab dalam 6 bulan lagi saya akan melangsungkan perkahwinan. Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan masalah jerawat di muka yang semakin banyak ni?
Jawapan:
Perkara pertama yang perlu anda buat ialah berhenti menggunakan mekap yang menjadi penyebab masalah berkenaan. Lepas itu beri perhatian untuk mengawal masalah jerawat yang dihadapi.
Jerawat bernanah harus dikawal dengan menggunakan anitbiotik, samada antibiotik makan atau disapu. Jika jerawat yang naik itu tidak terlalu banyak, maka disyorkan antibiotik gel yang disapu pada kulit.
Anda seharusnya bertindak dari sekarang memandangkan akan berkahwin dalam masa 6 bulan lagi. Lazimnya jerawat mengambil masa sekurang-kurangnya 2 bulan untuk dikawal. Untuk hilangkan parut atau bekas jerawat pula, ia akan ambil masa antara 2 hingga 3 bulan lagi.
Leave a Reply