Soal Jawab Kesihatan
Soalan:
Boleh dikatakan saya kerap menggosok gigi, sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari dan berkumur-kumur pun sebanyak itu juga tiap-tiap hari. Saya bukan setakat berkumur dengan air biasa, tetapi menggunakan air garam. Malangnya bau mulut saya kembali busuk selepas lebih kurang setengah jam tiap kali lepas selesai berkumur.
Saya sudah lama berhenti merokok. Sekali dalam tempoh seminggu atau dua minggu, saya akan makan julap untuk membersihkan perut. Sebab kata setengah orang bau mulut yang busuk itu mungkin ada kena-mengena dengan isi perut yang kotor.
Selalunya saya makan nasi dengan sayur-sayuran sahaja. Bermacam jenis ubat gigi yang pernah saya gunakan tetapi hasilnya tetap sama. Jadi, saya ingin bertanya pandangan anda pula, kiranya ada ikhtiar lain untuk saya usahakan supaya keadaan yang memalukan ini tidak terus berlarutan. Apa nasihat yang sesuai?
Jawapan:
Berdasarkan keterangan yang tuan ceritakan, ada kemungkinan besar sebab terjadinya hawa mulut yang berbau busuk itu kerana keadaan anak tekak (tonsil) tuan yang telah sakit dan rosak. Tuan tidak mengalami demam dan sakit kerongkong iaitu simptom yang lazimnya berlaku apabila seseorang terkena sakit tonsil, mungkin kerana tuan selalu berkumur dengan air garam yang menolong mengurangkan kesakitan.
Ada baiknya kalau tuan pergi berjumpa dengan doktor pakar. Jika perlu, anak tekak itu mungkin perlu dibedah dengan segera. Jika demikian halnya, tuan tak perlu terlalu gusar kerana kebiasaannya dalam 4 atau 5 hari selepas dibedah, keadaan tuan akan pulih seperti sediakala dan masalah bau mulut yang busuk itu tidak akan mengganggu lagi.
kama says
Saya mengalamai masalah mulut berbau,saya dh bt mcm2 perkara, contohnya makan gula2,listerin,brkumur – kumur, tapi masalah mlt berbau ttp kmbli, ia cuma brthan skjp ajew, sya jg ada mengalami masalah, gusi yg mnjdi bngkak, bila mkn makanan trlalu manis, dan sejuk,saya tlh brjmpa dktr gigi, di hospital, dktr mngatakan gigi saya yg bengkak itu,dh mati, brgoyang, tp gigi stil elok lg,,sy prnh trhantuk suata ketika dulu, dktr mnyarankan saya untuk mmbuat rwatan akar, untuk cuci gigi, dan buang akar..tp saya xdpt mnghadiri appointment itu,adakah disebabkan gigi itu, mulut saya berbau.Saya berharap tuan doktor dapat menyelesaikan masalah saya ini..supaya ianya tidak berlarutan, Apa nasihat tuan doktor
siti says
sy ingin bertanya mulut sy berbau busuk, bila bangun pagi banyak kahak, kadang2 kahak 2 berwarna kemerahan spt darah…sy juga selalu dapat ulser di mulut dan di lidah,sy ingin tanya pendapat situasi sy ni
che petua says
Ini dah kira masalah serius nie.. harapnya Siti dah pun berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Kalau dah berjumpa dan keadaan masih sama, sebaik-baiknya usaha untuk mendapatkan rawatan pakar. Mungkin ada jangkitan kuman pada anak tekak atau saluran pernafasan. Tapi perlu disahkan betul2 oleh doktor pakar sebelum mengambil sebarang ubat tanpa usul periksa.
Saya BUKAN seorang doktor. Jadi tak dapat nak beri apa2 pendapat kedoktoran. Info yg saya kongsi nie hasil pembacaan daripada buku perubatan lama.
Mulut Oh Mulut says
Assalamualaikum dan salam sejahtera…Saya juga mmpunyai masalah sama sebiji seperti soal jawab kesihatan diatas yg ditulis che petua , berkumur 5 kali setiap hari dan menggosok gigi tu tidak asing lagi dalam rutin…malangnya bau mulut datang kembali selepas 30mnit(anggaran) biasanya bau itu akan lebih teruk lagi Selepas makan…
Saya juga sering mengalami selsema , mungkinkah punca bau mulut itu dari resedung
Saya dh berdoa dan Pelbagai petua dan pantang larang sudah saya amalkan tapi tidak mendatangkan hasil termasuklah berjumpa dengan doktor tetapi doktor mngatakan perkara biasabagi saya ini bukan sesuatu yg biasa(normal)…
Saya rasa BAU BUSUK itu keluar dari tekak yang berlendir dan bau keluar pada mulut , ini mendatangkan pelbagai persoalan dan tanda tanya…mungkin che petua mmpunyai cara penyelesaian dalam masalah ini…
HARAP CHE PETUA DAN DOKTOR PAKAR DAPAT BERKONGSI ILMU BERGUNA KEPADA SAYA DAN MASYARAKAT) TERIMA KASIH
neena nordin says
nafas berbau
saya mengalami nafas brbau yg kronik… mereka yg berada sejauh 3m masih boleh mnghidu ny… saya tiada nasaala gg lnsung.. kerana selalu mmberus gg n… sy trbaca satu artikal yg masaalh ini disebbkn oleh inbalance bakteria dlm mulut.. bakteria jahat mngatasi bakteria baik… lalu sy mngamal kn produk bliss.. rujuk bliss technologies ltd.. sekarang bau nafas sy sngt brkurang.. sy dh tk takut sngt nk buka mulut.., tp hrg ny agk mhl..from new zealand.. bl online.. sy nk buat second order tak lama lg.. kalu berminat boleh ke msg fb sy neena nordin
iu says
sy ade masalah nafas berbau.. same mcm di kate kn oleh awak…mereke yg jarak sejauh 3m pun masih boleh menghidunye…
sy dh mngalaminye selame 2 tahun, smpai sekarang masih buntu tak tau nk buat ape..
neena nordin says
tlng war2 kn kpd kwn2 lain yg mngalami masaala yg sngt2 dahsyat ini…..
Big prob~ says
Salam … Neena nordin sy cbe cr awak d fb tpi tk jmpe….
Sy nk thu mgnai produk tu.
samn say says
Permisi. Saya mempunyai bau mulut dan nafa saya sudah coba berobat tp tak kunjung sembuah. Orang dari harak 3 meter pun bisa mencium bau busuk saya. Kiranya tuan bisa berbagi ilmu dengan saya
Mazffalainey says
Tonsil yang membengkak juga boleh jadi ya.. Ingatkan tonsil ni budak2 aje yang ada.. Terima kasih info. 😉
Muhammad Akbar bin Abdullah says
Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan gusi.
Nina. says
Bleh jgk letak garam atas lidah dan berus gune tougue clener . lepas tu berkumur. Insyaallah bleh kurang mulut bbau yg disebabkan lidah.
saiful says
saya sering mengalami nafas berbau ketika memberus gigi, oleh sebab itu, saya juga pernah keluar ke mna mna tempat, khususnya ke tempat awam, tetapi orang lain jauh daripada saya sebab nafs saya sering berbau busuk. Oleh sebab itu macam mna nk hilangkan nafas yang berbau ini dengan betul
che petua says
Jikalau berduit, cara sebaik-baiknya ialah berjumpa dengan doktor ENT (ear nose throat) untuk check sekiranya ada masalah dalam tekak atau mulut yang boleh jadi penyebab bau mulut yang kronik. Boleh saja jumpa doktor sekadar untuk dapatkan nasihat dan jika dah terbukti perlu pembedahan atau rawatan lanjut boleh tanya doktor dulu berapa kosnya. Jika tak mampu, tak perlu lah buat rawatan lanjut. Tapi setidak-tidaknya dah boleh kenalpasti punca sebenar masalah yang menyebabkan mulut sentiasa berbau tu.
Sekiranya tak minat nak jumpa doktor, boleh amalkan beberapa petua sebagai ikhtiar. Antaranya ialah perlu elakkan mulut kering. Dalam erti kata lain, perlu kerap basahkan mulut dengan minum air kosong. Elok juga bersiwak ikut sunnah Nabi. Kayu siwak tu ada khasiat yang boleh membantu kurangkan bau mulut. Satu lagi petuanya ialah dengan amalan mengunyah 2-3 butir bunga cengkih setiap pagi dan petang.
Ain says
Siapa yg ada masalah nafas berbau yg sdh sembuh.sy mintak sgt untk berkongsi.sy sdh 3thn mengalami mslh ini..
-wsap 01131504842