June 19, 2013

Masalah Payudara Kecil

Ada sesetengah gadis yang berasa risau dengan keadaan payudara yang kecil dan leper. Hmm… apa pun kenalah ingat bahwa setiap sesuatu tu pasti ada rahmatnya, so tak yah ler risau keterlaluan. Sebenarnya, orang yang mempunyai payudara atau buah dada yang leper dan kecil nie ada ‘kelebihan’ tersendiri.

Menurut pendapat pakar psikologi, wanita yang mempunyai buah dada yang kecil adalah lebih pintar daripada mereka yang mempunyai saiz buah dada yang lebih besar.

Mereka yang memiliki payudara kecil nie kekadang tu mungkin kerna ‘tak cukup makan’ sebab asyik berdiet… ahaks… Oleh itu, kalau ada yang rasa berat badan tu ‘kureng’ elok ler usaha menambah berat badan tu balik, dengan harapan buah dada akan kembali ke saiz normal ikut kesesuaian tubuh badan.

Faktor keturunan juga turut memainkan peranan dalam hal nie. Lazimnya kalau kedua ibu bapa memang bertubuh kurus maka kebarangkalian adalah sangat tipis untuk anak gadis mempunyai tubuh besar hatta buah dada yang besar.

Anyway, kalau ada yang masih berhasrat untuk mencuba sebarang kaedah untuk menjadikan payudara tu lebih berisi… hmmm… mungkin boleh dicuba petua orang lama nie…

Petua Menjadikan Buah Dada Lebih Berisi

Sediakan 2 ruas halia segar, satu gelas susu segar dan satu sudu teh gula.

M.Onya.. bersihkan dan kupas halia. Panaskan sedikit susu tadi dan masukkan halia ke dalam susu. Tambahkan gula dan kacau seketika. Cuba amalkan minum ‘ramuan istimewa’ nie setiap hari sebelum tidur. Tempoh keberkesanannya bergantung juga ikut individu.. ada yang berminggu-minggu dan ada yang berbulan-bulan baru nampak hasilnya. Tapi kalau setakat minum lama-lama sekali tu.. hmm.. confirm memang tak akan nampak sebarang kesan.. hehe..



laman petua:

payudara kecil, petua tradisional membesarkan payudara, besarkan payudara tradisional, besarkan payudara cara tradisional, cara tradisional membesarkan payudara
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Nurul says:

    nk tny che petua nie..cnna nk hilangkn selulit…cbb dlu che nurul nie agak brisi(alaa chubby gtu) hehe..tp skg da kruz..so..ada tgglkn kesan la(selulit)..apa petuanya yea..*_^

  2. shi says:

    kene guna susu segar jugak ker? kalau yg alah dengn susu ni mcm mne? boleh ganti ngn susu pekat manis ker or susu cokelat ker?? mcm mne ye? =.=’

    • che petua che petua says:

      Ikut petua warisan dahulukala nie kena guna susu segar (fresh milk). Sewaktu petua nie diperturunkan agaknya masa tu belum wujud lagi susu pekat manis..hihi.. So, tak tahulah boleh ke tidak kalau digantikan sebagai alternatif.

      Hmm… kalau baca kat kandungan susu pekat tu rasanya turut mengandungi pati atau lemak susu. Klau macam tu bukan ker still tak boleh guna sebab you ‘allergic’ ngan susu?

      Satu lagi che petua tak berapa nak rekomen guna susu pekat sebab nanti rasanya melekit-lekit bila disapu.

  3. Eyah says:

    ap maksud kalau setakat minum lama-lama tu .. hmm .. confirm mmg tak nampak kesan ???

    • che petua che petua says:

      Ayat tak habis tu.. yang sebetulnya berbunyi “kalau setakat minum lama-lama sekali tu…” Apa yang dimaksudkan ialah perlu diamalkan dengan kerap dan berdedikasi. Kalau ‘lama-lama sekali’ atau sepurnama sekali, maka kebarangkalian besar tak akan dapatlah hasil yang diidamkan.

Speak Your Mind

*