May 25, 2013

Masalah Rambut Gugur, Gunakan Petua Kayu Manis

Salam,

Ada tak sesapa yg hadapi masalah rambut gugur? Sekali sikat 5 helai rambut terlekat kat sikat tu, sikat kali kedua lagi 10 helai, masuk kali ketiga tambah lagi 12.. Mak aiii… lama-lam leh cerah nie..

Kalau dah banyak sangat rambut gugur tuh, dinasihatkan lah cepat-cepatpetua rambut gugur jumpa doktor… siapa tahukan rambut gugur tu tanda ada apa-ape penyakit yg baru peringkat awal ker.. Penyakit nie selalunya kalu dapat dikesan di peringkat awal.. insyaAllah senang nak rawat..

Doktor yg pakar-pakar tu selalunya dah ada teori lepas periksa kita.. Daripada pengalaman doktor tu yg bertahun-tahun merawat pesakit tentu dia tahu kalau-kalau rambut kita gugur sebab stress ker atau ada perubahan hormon dan sebagainya… Boleh jer dia bagi ubat yg sesuai.. Tak yah ler kita dok mencuba dari satu petua ke satu petua dan beli pelbagai ubat tumbuh rambut di pasaran yg taukeh kedai tu sendiri pun pakai rambut palsu.. hehe.. mana tahulah kan…

Orait, sebelum che petua melalut lagi sampai ke petang, ini dia petua yg che petua nak kongsi untuk mereka yg nak cuba.. Hasilnya tak jaminlah yer.. ada rezeki, insyaAllah…

Petua Rambut Gugur

Sediakan satu sudu serbuk kayu manis, satu sudu madu dan sedikit minyak zaitun.

Mula-mula campurkan kayu manis dengan madu dan kemudian barulah dimasukkan sedikit demi sedikit minyak zaitun sambil digaul hingga dapat adunan likat cam shampoo..

Setelah siap… basuh rambut dulu dengan air.. kendian sapukan syampu kayu manis yg kita buat tu.  Ratakan pada seluruh rambut dan kulit kepala sambil kita urut perlahan-lahan.

Dah tu biarkan dalam 15-20 minit biar syampu tu jerap atau meresap kat kepala tu sebentar.  Selepas itu barulah kita bilas dengan air bersih.  Cuba amalkan 3 kali seminggu.

laman petua:

petua rambut gugur, elak rambut gugur, rambut gugur, rawatan rambut gugur tradisional, petua untuk rambut gugur
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. fizah says:

    salam kite mmg akan rasa pedih2 ke mula2 sapu .. di kulit kepala.

  2. lyesa says:

    nak jumpe doktor dkt klinik biasa je ke?

    • che petua che petua says:

      Doktor kat klinik biasa tu rasanya mungkin tak begitu berpengalaman ngan kes rambut gugur nie. Tapi tak rugi kalau bertanya… mungkin ada yg boleh bagi syorkan kaedah atau ubat yg sesuai berdasarkan pengalaman merawat pesakit lain. Nak cari doktor begini, cuba perhatikan klinik yang dah lama beroperasi contohnya dah 7-10 tahun ke atas.

      Kalau ada duit lebih dan kalau merasakan masalah keguguran rambut tu agak kronik, eloknya dapatkan rawatan di pusat rawatan kepakaran rambut. Jika ditanya berkesan atau tidak, saya tak tahu. Tapi berdasarkan iklan di t.v dan majalah nampak begitu menyakinkan. Mungkin ada kes-kes terpencil (kalau baca kes aduan dalam suratkhabar) yg mana customer habis beribu-ribu tapi hasilnya tak berbaloi. Tapi rasanya mungkin 70%-80% dapat hasil yg memuaskan (pendapat peribadi saya).

      Nak kongsi juga pengalaman dan apa yg saya selalu praktik. Kalau nak dapatkan nasihat rawatan secara moden utk masalah kesihatan nie, selain berjumpa doktor kat klinik berdekatan rumah yang saya sekeluarga dah ‘comfortable’, saya selalunya akan minta pandangan dari 1-2 farmasi. Diaorang bukan doktor, tapi ‘pharmacist’ yg banyak pengalaman memang pandai pasal ubat-ubatan yg sesuai nie.

  3. nur fazlyn says:

    Assalamualaikum , saya ingin bertanya , saya berusia 15 tahun , rambut saya seringkali keguguran apabila saya mnyikat rambut saya selepas mandy atau pun pada bila-ii masa , adakah ini penyebab pemakanan atau pemakaian syampoo??? tolong berikan tips dan nasihat untuk mengatasi masalah sya :) terima kasih :)

    • che petua che petua says:

      Waalaikumsalam w.b.t. Nur Fazlyn,

      Kebanyakan pendapat mengatakan walaupun corak pemakanan tidak memberi kesan secara langsung dengan keadaan rambut, namun lebih elok dan mustahak untuk kita menjaga pemakanan supaya ianya terdiri dari jenis makananan yang membina dan memelihara kekuatan rambut seprti banyakkan dan pelbagaikan makan buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran. Sepertimana tubuh kita, rambut juga memerlukan protein bagi mempertahankan kecantikannya.

      Sebelum ini che petua turut berkongsi tentang isu rambut gugur nie yang antara punca utamanya disebabkan kerap makan maggie sebab banyak mengandungi MSG. Tapi secara jujurnya, sewaktu zaman sekolah asrama dulu che petua perhatikan ramai kengkawan yang gemar makan maggie, namun takde pulak yang menghadapi masalah rambut gugur dengan banyak. Mungkin sebab turut diseimbangi dengan makanan lain yang berkhasiat kot.

      Berdasarkan pembacaan saya dalam majalah dan buku berkaitan kesihatan, yang paling MUSTAHAK dilakukan untuk mengelak masalah rambut ialah sering mencuci rambut supaya kebersihan dan kesegaran kulit kepala terpelihara. Akar rambut tertanam dalam kulit kepala, jadi kebersihan kulit kepala harus dipelihara dengan sebaik-baiknya.

      Jangan biasakan menggunakan sikat rambut kepunyaan orang lain. Amalan memicit-micit atau mengurut kulit kepala juga elok diamalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini supaya peredaran darah kat bahagian kepala lebih lancar. Tapi pastikan telapak tangan tu dicuci bersih-bersih.

      Berkenaan pemakaian syampu tu, hmm… boleh jadi juga itu puncanya. Adakah awak kerap tukar syampu? Kalau awak perasan bahawa selepas tukar syampu masalah rambut gugur tu menjadi-jadi, maka sah itulah punca utamanya. Cuba perhatikan, satu jenama syampu yang sama pun ada pelbagai jenis fungsi, ramuan dan tahap kandungan setiap ramuan yang berbeza mengikut kesesuaian jenis kulit dan menangani masalah berbeza.

      Sebelum nie dah ada beberapa artikel yang che petua kongsi mengenai petua rambut nie, cuba taip “rambut” atau “masalah rambut” dll. kat kotak carian tu. Mungkin ada artikel yang boleh dijadikan manfaat.

      Atau cuba petua lama iaitu dengan menggunakan bawang besar. Hiris sedikit bawang besar dan gosokkan perlahan-lahan ke kulit kepala. Petua nie dikatakan membantu untuk mengelakkan rambut gugur.

      Sama-sama Nur Fazlyn.

Speak Your Mind

*