October 31, 2014

Membersih Seterika

Tanpa seterika, baju yang hatta mahal sekalipun akan keromot.  Namun, satu masalah berkaitan seterika ialah setelah beberapa lama, bahagian bawah seterika akan berkerak dan bertukar warna menjadi gelap.  Malah keadaan ini boleh merosakkan baju anda semasa menggosok.  Kebanyakan seterika jenis biasa atau yang murah memang mudah berlakunya keadaan sedemikian.

Cuba petua ini untuk membuang kerak atau kotoran hitam tersebut:

1.   Kikis terlebih dahulu kotoran yang melekat pada seterika menggunakan kertas pasir.  Setelah kotoran yang kasar itu hilang, hidupkan suis dan panaskan seterika pada kepanasan yang sederhana.  Kemudian gosokkan seterika pada permukaan kain yang halus berulang kali sehingga semua sisa kotoran hilang.  Setelah itu sediakan sehelai daun pisang.  Gosokkan seterika di atas daun pisang itu sehingga seterika keilhatan benar-benar bersih.  Daun pisang membantu menanggalkan kesan kotoran yang masih melekat pada seterika.

2.  Penyapu lidi juga boleh digunakan untuk menanggalkan kerak degil pada seterika.  Panaskan seterika dan kemudian gosokkan di atas penyapu lidi itu.  Gosok sehingga semua sisa kotoran tanggal sedikit demi sedikit.

laman petua:

petua membersihkan seterika, petua bersihkan seterika, cara bersihkan seterika, cara membersihkan seterika, petua membersihkan sterika
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*