September 3, 2014

Monosodium Glutamate

Pernah tak korang makan Monosodium Glutamate? Hmm.. mungkin ada yg akan jawab pernah dan lebih ramai yang jawab tak pernah… dan sebahagian lagi mungkin jawab entah.. hehe..

Sebut jer monosodium glutemet nie satu benda makan yg melekat kat kepala otak ialah ‘maggie mee’..! che petua nie satu masa dulu memang hantu maggie pun.. ahaks..

Monosodium Glutamate atau lebih popular ngan nama MSG (E621) adalah bahan kimia yang dicampurkan dalam makanan tawar untuk menyedapkannya. Selain tu MSG juga digunakan sebahagian bahan yang dimasukkan dalam makanan yang telah diproses untuk mengembalikan ‘perisa’nya yang hilang semasa pemprosesan.

MSG nie bolehlah dikategorikan sebagai bahan penambah perisa. Ia adalah bahan kimia yang kurang berperisa dengan sendirinya, tapi apabila ia dicampurkan atau digabungkan dengan bahan lain, ia akan menambah perisa atau/dan baunya.

Biasanya ia akan dicampurkan dalam kebanyakan sup yang diproses dan dipaket, mi perisa, sos, kentang goreng, sosej, keju, biskut tawar, kicap makanan segera dan banyak lagilah makanan lain yang selalunya diproses dan ditinkan.

Wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengelak makanan atau setidak-tidaknya mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

MSG adalah garam natrium asid glutamik iaitu asid amino yang terkandung dalam semua protein dan pelbagai jenis makanan.

Dalam keadaan semulajadi dan bila ia digunakan sebagai protein, ia sentiasa bergabung dengan asid amino lain tanpa kelihatan mempunyai sebarang kesan buruk. Tapi apabila ia diasingkan daripada asid amino lain yang biasa terikat dengannya dan digunakan sebagai bahan penambah perisa makanan, hmm… ia mungkin memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Kesan MSG ke atas kesihatan

  • Debaran jantung
  • Sakit dan pening kepala
  • Otot mengeras
  • Rasa loya
  • Kebas pada belakang tengkuk hingga ke bahagian lengan dan belakang badan
  • Berdenyut-denyut pada bahagian muka, belakang dan lengan
  • Murung dan ‘mood’ tidak menentu
  • Dikatakan juga mampu mencetuskan asma dan neurotoksin

laman petua:

kesan monosodium glutamat kepada kesihatan, makan maggi ketika hamil, kesan makan maggi ketika hamil, kesan MSG, kesan msg terhadap kesihatan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*