Soal Jawab Kecantikan
Soalan:
Saya seorang pelajar berusia 14 tahun. Masalah yang saya hadapi ialah kerap mengalami kulit muka berminyak dan berjerawat.
Muka saya mudah berminyak terutama ketika penat, berpeluh dan sewaktu sedang belajar di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan saya selalu berasa kurang selesa, lebih-lebih lagi semasa sedang belajar.
Jerawat yang tumbuh adakalanya sampai mengeluarkan nanah. Namun, ianya taklah terlalu ketara dan masih lagi agak terkawal.
Saya kini menetap di asrama. Apakah faktor kebiasaan yang menyebabkan masalah kulit muka berminyak dan berjerawat ini? Adakah ada kaitan dengan kondisi di asrama? Apakah langkah-langkah dan panduan untuk mengatasi masalah ini?
Jawapan:
Kulit muka yang berminyak selalunya disebabkan oleh kulit yang kering contohnya disebabkan tidak mempunyai lembapan yang cukup. Cara mengatasainya ialah dengan menggunakan pelembap.
Mereka yang memiliki kulit muka berminyak selalunya akan mengelak dari menggunakan pelembap kerana beranggapan bahawa penggunaan pelembap akan menyebabkan kulit semakin berminyak. Akan tetapi yang sebaliknya berlaku.
Lembapan dan minyak adalah dua perkara yang berbeza. Apabila kulit tidak mempunyai cukup lembapan, lebih banyak minyak (sebum) akan dikeluarkan bagi menutup lapisan atas kulit untuk mengelakkan lebih banyak lembapan kulit dari meruap.
Kesannya, jerawat akan lebih mudah atau kerap terjadi kerana kulit wajah bercampur dengan minyak dan menyebabkan liang tersumbat.
Oleh itu, disarankan penggunaan pelembap dari jenis gel. Pelembap gel adalah lebih sesuai untuk kulit berminyak.
fifi says
asalam saya fifi saya ingin taya bagaimana hendak mengurangkan minyak di hidung
Nurul Sofea Balqis says
Hi .. bhgian hidung saya penuh dgn minyak .. dan saya dpat rsekn yg hidung saya ade rse ksar2 sdkit … jdi bagaimana saya mahu menghilangkan minyak di bhgian hidung saya ini ?
Can't said... Sori (malu la) says
Saya berumur 13 tahun…sepanjang saya hidup saye tidak memakai sebarang pencuci muka kerana setiap kali saya memakainye muka saya akan ditumbuhi jerawat… muka saya still berminyak dan kini ditumbuhi jerawat.Apakah yg perlu saya lakukan untuk menangani masalah ini? Saya tinggal di asrama jadi saya tak tahu nak buat ape dengan masalh ini.. rakan2 selalu mengutuk kulit wajah saya… saye berasa sgt tertekan… tolonglah saya…
che petua says
Cuba amalkan pakai bedak sejuk tiap malam. InsyaAllah berkesan untuk mengurangkan masalah muka berminyak.
Ada banyak jenis produk pencuci muka di pasaran. Tak semestinya apa yang sesuai dengan orang, serasi dengan kita. So, kena pandai menilai dan perhatikan secara terperinci sebarang perubahan selepas penggunaannya. Dalam kes awak ni, memandangkan dah confirmed tak sesuai, so elok hentikan dan elakkan terus dari guna produk tersebut. Kalau still nak pakai juga, mungkin kerana tak nak membazir hmm.. pastinya makin teruk jadinya kelak.
ning says
Saya ning , Saya berumur 16 tahun , saya jenis kulit yang sensitif , muka saya semakin berminyak , saya pernah cuba memakai air lemon di muka saya tetapi ia tidak ada perubahan , saya nak tau sangat2 ada apa cara lain lagi boleh saya mengurangkan muka saya yang berminyak ni , dan apabila lampu menyuruh ke wajah saya , muka saya sangat berkilat …. Saya betul2 harap kamu boleh tolong muka saya yang berninyak ini ??
che petua says
Amalkan basuh muka setiap 3 jam sekali ataupun pada waktu-waktu pabila sudah masuk waktu solat ~ seumpama muslim mengambil wuduk sebelum solat.
NURUL ABIDAH says
hi.sya seorng plajar brusia 15 thun. ..sya tnggal di asrama penuh. .masalah saya ialah sya just nk tnya ada x cra nk hlang kan pluh kt telapak tngan dan kaki tpy sya x mngalami msalh peluh di ketiak mhupun bdan…kdang kdng sya malu bla hndak bersalam dgn rkan x kira apajua situasi. ..and klau nk tlis pun pluh skali dgn kaki.snag cerita x buat apapon peluh tpy kat tngn and kaki je la….ada x petua ka atau cadng lain untk sya. ..
che petua says
Pada masa dan tika ini tak terlintas pula di ingatan che petua berkenaan petua untuk masalah sebegini. InsyaAllah, che petua cuba semak dan mentelaah kitab-kitab petua lama yang bervolume-volume tu. Kalau ada akan saya kongsikan dalam 2-3 hari kelak. Kalau dalam tempoh itu tak ada jumpa sebarang petua yang che petua rasakan sesuai, maka ampun dan maaf ku pinta kerna tak dapek nak membantu. InsyaAllah…
unknown says
Pelembap jenis gel yang macam mana elok skrg ini. Apa nama produk tu. Yelah skrg ni kan bnyk jenis pelembap so which one yg bagus stakat ni?