October 31, 2014

Panduan Makanan Dalam Pantang

mother and babyWanita yang baru bersalin selalunya keletihan yang amat. Justeru, memerlukan zat untuk memulihkan tenaga. Namun ada di antaranya yang tiada rasa selera nak makan. Maka, orang tua-tua dahulu kebiasaannya akan makan ulam-ulaman tertentu lepas selesai bersalin dengan tujuan agar selera makan kembali pulih.

Selain itu, ada juga yang mengamalkan makan jamu tradisional dengan tujuan membantu memulihkan urat saraf, mengecutkan peranakan, sembuhkan luka dalaman, menghangatkan tubuh dan supaya otot-otot badan ibu kembali segar.

Secara amnya, makanan yang sesuai untuk wanita selepas bersalin @ dalam pantang adalah yang tidak mengandungi minyak (bukan goreng) atau yang bersantan.

Jenis ikan yang sesuai dimakan adalah: bawal putih, tenggiri, siakap dan haruan kerana dikatakan baik untuk menyembuhkan luka dalaman.

Makanan yang tidak digalakkan ialah sayuran jenis sejuk seperti kobis, timun dll. atau yang jenis berangin seperti petola dan labu.  Ada pendapat mengatakan bahawa sayur atau tumbuhan yang tumbuh menjalar tak elok dimakan kerana ia jenis ‘berangin’. Begitu juga dengan sesetengah buah-buahan seperti anggur yang patut dielakkan sebab ia jenis sejuk.

Sebaiknya lebihkan minum susu, air suam dan amalkan makan ulam tertentu seperti pegaga dan pucuk daun mengkudu.

laman petua:

makanan kesihatan dalaman untuk wanita dalam pantang, sakit kepala makanan dalam pantang, sayur-sayuran jenis tidak menjalar, ubat untuk sembuhkan peranakan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*