November 24, 2014

Panduan Perancang Keluarga

Salam,

Nak kongsi sikit tentang aspek perancangan keluarga yang che petua baru dapat nie.

Sebelum tu nak tanye, korang tahu ker berapa jumlah penduduk Malaysia sekarang? Selalunya orang akan jawab 28 juta kan.  Hmm.. che petua pun akan bagi jawapan tu juga kalau ditanya tentang jumlah populasi negara kita.. hehe.. Tapi sekarang.. mulai saat ini kalau orang tanya, jawapan che petua dah lain tau.. che petua akan jawab ko pegilah kat laman Jabatan Perangkaan Malaysia.  Sebabnya, penduduk Malaysia makin meningkat setiap masa.  Setakat nie dah 30 juta! In fact, siap ada jam populasi lagi haa… untuk mengira jumlah penduduk setiap jam.

Selain tu kat laman tu turut dimuatkan tentang andaian yang digunakan bagi mengunjur penduduk seperti berikut :

  • satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
  • satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
  • seorang migran masuk (antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
  • pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat
So, dapat tak yang last tuh… setiap 56 saat bertambah sorang lagi penduduk. Hmmm… macam tu ker..!
Tahu tak masa tahun 1960 dulu berapa jumlah penduduk Malaysia? Nie haa.. che petua dapat dari abang G, dia pun ambil dari data World Bank.
populasi malaysia

Satu masa dulu, che petua ada juga terbaca di mana ntah bahawa menjelang tahun 2020 nanti penduduk Malaysia akan mencecah 70 juta orang. Hmm.. kalau dah 56 saat tambah satu, rasanya tak ada masalah nie untuk dapat 70 juta. Betul tak? Err.. ada sesapa yg pandai matematik tak.. tolong kira jap.. hehe..

Okey berbalik kita kepada bab perancang keluarga tadi. Info nie che petua dapat dari laman Kementerian Kesihatan Malaysia.  Sebenarnya banyak maklumat yg kita boleh dapat dari laman-laman web kementerian kerajaan nie.. cumanya tak ramai yg minat nak melawat sebab apa ntah.. Cian kan.. rugi jer diaorang bayar mahal-mahal buat laman web tu.. huhu..

Menurut info yg che petua dapat, bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan ibu, anak dan keluarga, setiap pasangan sebenarnya kena berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan keupayaan fizikal, sosial dan kemampuan ekonomi. Fuhh… panjang lak ayat nyer.. Korang faham kan.. kalau tak faham baca sekali lagi.. hehe..

Dalam erti kata lain, buat anak tuh berpada-pada lah kan… Bukannya bermaksud kita nak menolak anugerah Tuhan ataupanduan perancang keluarga menolak rezeki. Bagi yg mampu tu teruskan lah.. tapi bagi yg kurang berkemampuan tuh perlu merancang sebaik mungkin agar kehidupan sekeluarga lebih sejahtera dan ‘berkualiti’.

Taraf kesihatan ibu dan anak dapat dipertingkatkan sekiranya jarak antara tiap-tiap kelahiran anak ialah antara 2 hingga 3 tahun.

So, buat para ibu adalah dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga sekiranya:

  • mempunyai sejarah kandungan yg bermasalah
  • pernah mengandung 5 kali dan lebih
  • jarak antara kandungan kurang dari 2 tahun
  • wanita yg berumur kurang dari 15 tahun
  • wanita yg berumur lebih dari 40 tahun
  • mempunyai statu kesihatan kurang baik seperti penyakit jantung, diabetes dsb.nya
  • mengalami penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS
  • lain-lain masalah yg dinasihatkan oleh doktor

Peranan suami pula begini…

Suami perlu memberi sokongan kepada kaedah perancang keluarga dan setiap keputusan perlu dipersetujui bersama. Jangan nak guna kuasa ‘veto’ jer.. faham-faham lah sikit keadaan pasangan masing-masing.

Suami juga harus turut serta dalam sesi lawatan susulan perancang keluarga. Bagi support sedikit sebanyak mana yg boleh.

Yang pentingnya setiap kehamilan perlu dirancang dan merupakan kehendak bersama. Barulah kehidupan lebih sejahtera.

Itu semua info dari Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan untuk yang berkenaan.  Yang mana yang rasa elok ikutlah.. kalau rasa tak berkenan dan tak mahu ikut terpulanglah. Setiap orang punya hak masing-masing betul tak. Selagi kita tak melanggar batas-batas agama tak ada siapa yg boleh larang.

laman petua:

petua jarak kehamilan, petua jarak anak, perancangan keluarga, merancang keluarga, perancang kehamilan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. ecOt says:

    bley x nak dpt kn adress web y che petua access tuk wat entry ni..
    btw, thanx 4 d very useful info =)
    keep it up.

    • che petua che petua says:

      Terima kasih kerana menghargai ‘entry’ atau panduan yg che petua kongsikan nie.

      Info-info yang che petua ambil untuk buat entry nie diambil dari pelbagai sumber. Maksudnya beberapa info yang kait-mengait and then saya gabungkan. Banyak masa yg digunakan utk ‘research’ bahan2 tu dear.

      Antaranya termasuklah (saya tak berapa ingat sebab dah lama dah..hihi..) meter populasi malaysia dan graf populasi dari world bank. Berkenaan tips tu pula saya ambil dari brochure yg diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan. Boleh dapat dari hospital atau klinik-klinik kerajaan.

      Heads up eCot. Jalan mesti ke depan..! (ingat lagi tak iklan tersebut…)

Speak Your Mind

*