September 3, 2014

Pantang Selepas Bersalin

Tempoh pemulihan selepas bersalin amat penting bagi seseorang ibu demi mengekalkan kesihatan dan keperawanannya luar dan dalam.

Almaklum sajalah tempoh mengandung yang berbulan-bulan dan pengorbanan saat melahirkan anak memang sangat-sangat meletihkan dan memerlukan kegigihan fizikal dan mental.

Sebab itu lah penting untuk para wanita menempuh tempoh berpantang dengan sabar dan berdisiplin.

Kaum lelaki mungkin ada yang bagi komen kurang sensitif… “syoklah orang pompuan, tak yah gi kerja, lepak jer kat pantang pregnancyrumah”.

Tapi kalau diikutkan hati, che petua rasa ramai wanita zaman sekarang nie yang tak sanggup nak berpantang lama-lama pun. Ingat ‘best’ ker asyik terperap saja kat rumah tu.. huhu…

Tempoh berpantang pula bukannya sehari dua. Ikut amalan masyarakat Melayu, tempoh berpantang atau ‘berehat’ bagi ibu yang baru melahirkan ialah selama 40 hari.

Selain itu ada juga yang mengamalkan pantang 100 hari yakni selama tempoh tersebut tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Pantang 100 hari memang digalakkan kerana cara ini akan benar-benar memulihkan sistem peranakan dan kesihatan ibu-ibu.

Semasa dalam pantang, dengan penjagaan dan rehat yang secukupnya, adalah diharapkan organ-organ dalaman wanita terutama saluran peranakan dsb.nya perlahan-lahan kembali kepada keadaan sepertimana sebelum hamil, walaupun mungkin tidak sama seratus peratus seperti ketika sebelum mengandung.

Dalam tempoh berpantang nie juga, ada beberapa pantang larang yang menjadi amalan supaya proses pemulihan itu lebih berkesan.

Pantang-Larang Ibu Dalam Pantang

Jangan Makan Ubi-ubian

Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan  sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu.

Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki

Dah jadi macam satu ‘trademark’ pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iaitu mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.

Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari

Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.

Jangan Terlalu Aktif

Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.

Jangan Tidur Tanpa Berlapik

Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras  kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.

Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung

Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

Mandi Duduk di Bangku

Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.

Rapatkan Kaki Semasa Tidur

Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.

Jangan Tidur Atau Keluar Rumah Waktu Senja

Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran.

laman petua:

pantang selepas bersalin, berpantang selepas bersalin, cara berpantang selepas bersalin, pantang larang selepas bersalin, tempoh berpantang
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*