August 27, 2014

Penyakit Gonorea



Gonorea, Penyakit Kelamin Akibat Seks Bebas

Pernahkah korang dengar tentang penyakit Gonorea atau dalam ejaan bahasa Inggerisnya ‘Gonorrhea’? Gonorea nie ialah satu jenis penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan kelamin dengan pasangan yang sememangnya dah pun mengidap penyakit nie.

Komplikasi kepada penyakit gonorea ialah ia boleh menyebabkan mandul dan seterusnya mengundang pelbagai penyakit kelamin lain seperti sifilis, kanser dsb.nya.

Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria ini berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks melalui vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala. Hmm.. sebabnya kekadang orang yang kena penyakit nie pun tak sedar bahawa dia ada gonorea pada peringkat awalnya. Bila dah berminggu-minggu atau berbulan-bulan barulah perasan…

Dan satu lagi, penyakit gonorea juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Hmm.. kesian budak yang tak tahu apa-apa tu.. huhu..

Tanda-tanda penyakit Gonorea

Bagi wanita :

  • Mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami gejala ringan sehinggalah penyakit ini menjadi lebih teruk.
  • Demam sejuk, sakit pada bahagian sendi dan abdomen.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Terdapat tanda lelehan di kemaluan atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari vagina/faraj.
  • Sakit di bahagian dubur dan keluar lelhan serta rasa gatal.
  • Mungkin mengalami pendarahan antara kitaran haid.

Bagi lelaki :

  • Mereka lebih mudah mengesan gejala penyakit. Gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi remaja perempuan gejala akan timbul lebih lambat.
  • Rasa sakit ketika buang air kecil.
  • Mengeluarkan cecair atau lelehan yang berwarna kekuningan seperti nanah dari salur kencing.
  • Sakit di bahagian dubur dengan mengeluarkan lelehan dan rasa gatal.

Komplikasi Gonorea

  • Gonorea lebih bahaya jika tidak dirawat.
  • Bagi golongan wanita dan remaja perempuan, ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik (PID).
  • Bagi lelaki ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak.
  • Ia juga boleh mengakibatkan kemandulan disebabkan parut pada saluran pembiakan.
  • Sesiapa yang mengidap Gonorea mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Sebab tu ler jangan diamalkan ‘seks luar nikah’ nie..
    • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.

Bolehkah Gonorea dirawat?

Hmm… nasib baiklah ada ubat untuk penyakit nie.  Kalau merasakan ada tanda-tanda seperti yang disebutkan cepat-cepatlah jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Untuk mengesahkan samada individu tu betul-betul menghidap Gonorea, doktor akan mengambil cecair dari kemaluan untuk analisa terlebih dahulu.

Bila dah ‘confirmed’ barulah doktor akan bagi ubat antibiotik untuk merawat jangkitan kepada individu tersebut dan juga pasangannya.  Tapi kena ingat bahawa pengambilan antibiotik boleh memulihkan tetapi ia tidak dapat mencegah seseorang tu dari dijangkiti sekali lagi.  Kalau dah pergi ‘cari semula’ alamatnya kena balik ler…

Petua Tradisional Mengubati Gonorea

Rawatannya ialah dengan amalan minum air rebusan akar pokok kemboja sekali sehari. Baca selawat tiga kali sebelum minum. Mujarab atau tidak, semuanya adalah dengan izin Allah.

Ingat… mencegah adalah lebih baik dari merawat! Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari melakukan hubungan seks rambang.

laman petua:

rawatan gonorrhea, cara merawat gonorrhea, penyakit gonorea, penyakit kelamin lelaki, ubat gonorrhea
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*