Sesiapa yang memiliki kerusi rotan di rumah tentu akan perasan bahawa setelah beberapa lama digunakan kerusi rotan tu lama-kelamaan makin rendah. Apatah lagi kalau tuan empunya pulak badan makin lama makin berat.. hihi…
Bahkan kerusi ataupun perabot yang diperbuat daripada rotan nie biasanya memang begitu sifatnya. Ianya anjal dan pada masa yang sama akan mengalami perubahan akibat daripada faktor perubahan suhu dll.
Walau bagaimanapun, sebenarnya ada cara untuk pulihkan kembali kerusi rotan tu agar ianya tidak begitu kendur. Tekniknya begini..
Cara Memulihkan Perabot Rotan Yang Kendur
Sebagaimana faktor suhu yang menyebabkan kerusi atau barangan rotan tu menjadi kendur, kita boleh menggunakan elemen yang lebih kurang sama untuk memulihkannya.
Caranya ialah dengan menggunakan air panas. Ambil kain atau span dan celupkan bahagian hujungnya ke dalam air panas. Tujuan dicelupkan bahagaian hujung tu ialah supaya ada ruang untuk kita pegang kain atau span tersebut. Kalau dicelupkan kesemua sekali mau melecur lak tangan… so, please be careful.
Lepas dicelup, lapkan span atau kain tersebut pada bahagian bawah kerusi rotan yang kendur. Suhu panas yang dipindahkan dari span atau kain ke barangan rotan tadi akan membantu memulihkan kenduran.
Bagi kerusi atau barangan rotan yang dah terlalu kendur tu, eloklah dilap atau gosok dengan air panas secara berulang-ulang kali untuk memulihkannya. Cubalah.. tapi dengan berhati-hati kay… Dan bagi yang ada anak-anak kecil kat rumah tu, eloklah suruh diaorang duduk jauh-jauh sikit semasa projek pemulihan rotan tu berlangsung.
Leave a Reply