Sebelum nie che petua pernah kongsi petua elak kedut pada wajah dengan pisang. Kali ni nak kongsi pula satu lagi cara tradisional untuk menghilangkan kedutan iaitu dengan menggunakan madu.
M.O.nya memula sekali basuh muka dengan air suam supaya pori-pori kulit pada wajah akan berada dalam keadaan terbuka.
Kendian ambil madu secukup rasa dan lumur perlahan-lahan sambil menyanyi sebuah lagu. Secukup rasa tu maksudnya ikut suka masing-masing lah. Tapi sebaiknya tak perlu lah pakai banyak sangat. Madu asli tu kan mahal. Maka tak perlu lah pakai sampai secawan madu. Gunakan satu atau dua sudu pun dah cukup sebab amalan tradisional ni kena dilakukan selalu. Kalau dah selalu dan tiap kali lalu secawan madu yang perlu mau rabak beg duit.
So, bersambung kepada langkah-langkahnya, sapukan madu tu pada wajah anda dengan rata dan biarkan seketika atau sehingga lagu yang anda nyanyikan selesai.. hehe…
Setelah itu tenang-tenangkan diri anda seketika, lapik kepala dengan apa-apa benda yang selesa dan lelapkan mata. Hmm… biasanya kalau nyanyian anda tu sedap, memang mudah untuk terlelap.
Lepas lebih kurang setengah jam, bilas sekali lagi dengan air suam dan akhir sekali usap wajah dengan seketul ais untuk menutup kembali pori-pori. Pastikan ais ketul atau air batu tu tadi diusap ke semua bahagian yang sebelumnya telah dilumur dengan madu.
Sebaik-baiknya amalkan petua nie dengan teratur seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Leave a Reply