Kita kena selalu beringat dan bersyukur dengan kesihatan yang baik kurniaan
Tuhan. Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang agar kesihatan baik berpanjangan. Penyakit boleh datang pada bila-bila masa dan salah satu penyakit yang boleh memudaratkan jika tak beringat dan mendapat rawatan segera ialah batuk kering atau penyakit tibi (TB).
Amalkan langkah berikut untuk mencegah batuk kering:
* Pastikan rumah kita mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap. Pesakit tibi akan menyebarkan kuman tibi (Tubercle Bacilli) ketika mereka batuk atau bersin. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi tersebut akan terdedah kepada jangkitan kuman tibi.
* Selain membuka tingkap untuk pengudaraan, pastikan juga ruang rumah menerima banyak cahaya matahari kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman tibi.
Apa itu Penyakit Tibi atau Batuk Kering?
Penyakit Tibi (TB) atau batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang segera dan sempurna. Penyakit TB disebabkan oleh jangkitan kuman tubercle bacilli. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk.
Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai ‘pulmonary tuberculosis’.
Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 daripadanya berakhir dengan kematian. Jadi kita harus sentiasa beringat!
Apakah gejala batuk kering?
- Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
- Kahak yang mengandungi darah
- Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
- Hilang selera makan dan turun berat badan
- Sakit dada bila batuk atau bernafas secara dalam (tarik nafas panjang)
- Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
- Ujian kahak
- X-ray dada
Pemeriksaan kahak dan rawatan batuk kering boleh diperolehi secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.
Rawatan untuk Batuk Kering
Penyakit TB atau batuk kering ni boleh sembuh dengan rawatan yang betul. Di Malaysia, rawatan batuk kering menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course) yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
Rawatan DOTS melibatkan:-
- Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
- Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
- Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
- Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh
Jadi, ambil langkah yang sewajarnya untuk mencegah batuk kering. Selain memastikan sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik di rumah, lakukan juga beberapa cara berikut:
1. Pastikan anak-anak sudah mendapatkan suntikan BCG bagi melindungi mereka daripada batuk kering. Ia biasanya diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut suntikan.
2. Dapatkan rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
3. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit juga dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut untuk memastikan penyakit tidak berjangkit kepada mereka.






doktor sahkan kakak saya mempunyai penyakit tibi .tetapi doktor sahkan pada darah dan kahak tetapi tidak dapat kesan di xray…
Ujian kahak juga boleh tentukan samada seseorang terkena tibi. che petua harap kakak Loges sudah mendapatkan rawatan segera. Perkara begini kena bertindak awal dan jangan bertangguh. Yang pentingnya ikut nasihat doktor 100%. Moga-moga dengan itu penyakit tu dapat sembuh dengan segera.
salam,sy batuk kerap waktu mlm.,siang pun ada.nk kata ada kahak pun kecil warna putih nk kuohng tp katakan putih susu tpg.ddah hmpir 2bulan.tk ada dmam,kurang bRt bdn cuma letih ja.dah mknt ubat tp x baik gak.tkak saya perit.adakala ada bunyi wheeze,
Salam,
che petua bukanlah doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan yang bertauliah.
Tapi daripada sikit2 pengalaman dan hasil pembacaan selama ini, rasanya simptom atau tanda-tanda yang Musrifah ceritakan tu ada sedikit persamaan ngan simptom penyakit asma atau lelah. Hmm.. kalau dah 2 bulan berterusan tu, lebih baik segera dapatkan nasihat doktor pakar mulut,hidung dan tekak. Doktor yang biasa-biasa nie kekadang boleh terlepas pandang.
Kebetulan che petua baru jer tulis entri berkenaan petua penyakit lelah kat sini. Kalau ada masa bacalah. Yang pentingnya Musrifah dapatkan rujukan doktor pakar tentang batuk berterusan yg dah hampir 2 bulan tu. Hmm.. risau che petua dibuatnya. Apa-apa pun better pegi check untuk dapatkan kepastian.
salam..
saya mengalami batuk yg kerap pd wktu pg & ptg..lbh2 lg selepas mandi..telah mengalami lbh 3 4 bln..tp bru2 nie,ada kluar kahak bwarna coklat dan ada kesan2 darah..adakah ni sbahagian simptom2 tibi?
Ya, ia salah satu simptom tibi. Tapi Helmi jangan terlalu cepat panik, dapatkan kesahihan melalui ujian kahak yg disebutkan tu. Kalau cepat diberikan rawatan, insyaAllah semuanya akan selamat.
Satu lagi, gejala yg disebutkan tu mungkin juga kerana sakit anak tekak (tonsil). Kalau betul sebab tonsil.. boleh dirawat dengan minor surgery. Apa pun, baik jumpa doktor dulu. Saya nie bukan doktor bertauliah pun.
BCG mcm kurg berkesan sbb masih ada yg kena lps kne suntik BCG
Ohh.. ye ke Farahan.. ramai ke yg macam tu?
Agaknya ada yg dapat suntikan BCG yg ubatnya dah expired kot atau kuman tibi tu dah berevolusi jadi lebih kuat daripada suntikan BCG. So kena cipta Super BCG pula lepas nie.
apakah itu kuman tibi?bagaimana ia terhasil?
Ini tengah buat assignment ker.. hihi… Saya syorkan Bayu ‘search’ dalam portal kementerian kesihatan untuk jawapannya okey.
mak sya telah disahkan kuman tibi dh mati…tb batuk still lg xhilang…ap yg perlu dibuat?ad x makanan sampingan yg blh dimkn?
Berdasarkan pembacaan saya, seseorang yang dijangkiti kuman tibi lazimnya akan betul-betul bebas selepas 6 bulan menjalani proses rawatan. Ada pula sejenis kuman tu yang mengambil masa hingga 9 bulan untuk benar-benar pulih (sila klik sini untuk baca).
Berdasarkan info tersebut, sekiranya proses rawatan yg dijalani belum mencapai 6 bulan, kemungkinan sebab itulah mak anda masih mengalami batuk.
Sebenarnya sumber rujukan terbaik untuk panduan diet atau pemakanan yg sesuai perlu dirujuk dengan doktor atau pegawai kesihatan yg merawat mak anda.
Bagaimana pun, suka untuk che petua kongsikan (berdasarkan kajian di internet dan buku kesihatan), diet yang baik untuk yg baru pulih dari jangkitan tibi ialah banyakkan makan buah-buah dan sayuran-sayuran. Kalau boleh pelbagaikan antara buah serta sayuran yang berlainan jenis setiap hari.
Selain itu perlu banyak minum air kosong, disulam dengan jus lemon tanpa gula.
Waktu malam pula pastikan minum segelas susu.
saya selalu mengalami batuk,dan ada kahak,…kdg 2 ia berlarutan smpai sebulan,..tekak saya akan gatal sgt2 n tu la yg buat sya batuk xhenti henti,…kdg2 boleh beri kesan skit kpala bila btuk xhnti hnti…kahak keluar mcm lendir(putih pekat)…kdg2 dlm kelas trpksa than batuk smpai merah muka,tkut menganggu org lain…bila tekak mula trasa gatal,batuk mmg xdpt nk kwal…
Salam, saya pun mengalami batuk yg lama dah lebih 4 bln, batuk saya kering dan kadang2 ada kahak putih. Yg paling teruk mlm ketika saya tidor. Kadang2 tak blh tidor sbb batuk yg tak henti2. Macam2 obat dah saya ambil dari klinik dan farmasi tapi tak sembuh juga. Saya takut tibi.
Salam Latifah. Saya harap awak dah buat pemeriksaan rapi kat klinik atau hospital. Dan paling baik kalau buat ujian kahak atau x-ray tu. Itu kaedah yang terbaik untuk dapat kepastian. Kalau tak keberatan, dapatkan konsultansi daripada 2-3 orang doktor (dari hospital atau klink berbeza) supaya puas hati.
Pada pendapat saya dan saya doakan ianya bukan tibi. Mungkin itu batuk yang dikatakan ‘batuk seratus hari’. Sejenis batuk yang berpanjangan hingga berbulan-bulan lamanya. Sekiranya doktor dah benar-benar pasti ianya bukan tibi, dan awak dah coba bermacam ubat tapi masih tak menjadi, di sini saya kongsikan satu petua nak hilangkan batuk berpanjangan.
Petuanya ialah dengan menggunakan akar pokok kemuning Cina. Cari yang bunganya warna putih (dan bukan warna ungu). Ambil akar pokok tu dan asah pada belakang pasu (letaklah sedikit air) dan asahkan sedikit kemenyan bersama-sama. Minum air tu 2 kali sehari. InsyaAllah, dalam 3-4 hari boleh sembuh.
Satu lagi nak pesan, selagi batuk tu tak berhenti, amalkan minum air suam atau air putih jer. Apa-apa air lain semua tinggalkan. Err.. kalau air zam-zam tu okey lah.
salam.saya seorg pengasuh budak.salah seorang anak asuhan saya yang berumur 3thn kerap mengalami batuk yang kuat.terutamanya ketika hari sejuk.batuknya sangat keras tidak berkahak.badannya sgt kurus walaupun ketika selera makannya baik.malahan dia berdengkur agak kuat ketika tidur.adakah ini simtom2 penyakit batuk kering.
Salam Puan Hamidah. Saya nie bukan doktor dan tak ada sebarang tauliah pun, sekadar berkongsi daripada pengalaman dan pembacaan.
che petua benar-benar berharap agar ibubapa dia dah bawa jumpa doktor untuk pengesahan. Biasanya dinasihatkan untuk segera bawa anak berjumpa doktor jika mengalami batuk lebih dari 7 hari. Tapi selalunya kalau anak saya batuk-batuk lebih dari 2 hari, saya akan segera pergi klinik. Biar puas hati dan tak menyesal kendian hari.
Simptom yang dinyatakan Puan itu bukan penyakit batuk kering (kerana biasanya batuk kering ada keluarkan kahak). Hmm.. berapa lama dah batuk itu berlaku? Kalau masih baru 2-3 hari, mungkin sebab tu tak banyak sangat kahaknya. That’s why kena bawa jumpa doktor (kalau masih belum). Sekilas ikan di air, dia dah tahu jantan betina…
Simptom yang dinyatakan itu, bagi saya, lebih kepada gejala awal penyakit asma atau lelah. Orang yang ada penyakit asma biasanya akan batuk pada waktu subuh atau malam hari lebih-lebih lagi bila cuaca sejuk. Keadaannya juga biasanya lebih teruk sewaktu bersenam atau bagi budak-budak kecil sewaktu dia main lari-lari, lompat-lompat dsb.nya. Selain itu dikatakan juga tandanya ialah nafasnya kadangkala dirasakan sesak dan berbunyi. Cuba perhatikan…
Orang yang ada asma paling pantang kalau ada asap rokok dan elakkan daripada debu-debu dan habuk berterbangan bila membersih atau menyapu rumah. Kalau betullah asma, maka antara jenis makanan yang perlu dielak ialah anggur, epal, tembikai dan oren, kacang goreng serta sebarang air minuman bergas.
Harap dapat kepastian daripada doktor. Kalau tidak tak pasal2 budak tu tak dapat makan benda2 tu sedangkan dia bukannya ada asma/lelah pun…
salam..saya batuk dah masuk 3 minggu..ubat klinik habis saya makan..tapi tak baik jugak..saya beli ubat dari farmasi..dos nya memang kuat..leh mengantuk…kahaknya dah kurang..tapi batuk plak kerap…kenapa ye..
assalamualaikum….ayah saya disahkan kanser paru2…dlm masa yg sama ada pnyakit tibi…skrg berada d wad…mati akal sudah saya…mintak nasihat dari admin dan kwan2 lain…
Salam Syukri. Bagaimana keadaan ayah saudara sekarang? Semoga kesihatan beransur baik berkat rawatan yang diterima dan berkat doa anak-anak dan keluarga. Apa-apa pun Syukri banyak-banyakkan lah bersabar dan jangan lekang dari berdoa. Ingat bahwa setiap ujian dan aturan Allah itu pasti ada hikmah di hujungnya.
Berkenaan sakit kanser paru-paru tu, ingin saya kongsikan 2 petua yang boleh diusahakan:
1. Berdasarkan ajaran orang-orang Melayu lama, bakar atau panaskan dua biji bawang besar. Lepas tu hiris dan pupuk (tempek atau tampal) pada bahagian dada pada waktu pagi. Biarkan beberapa jam. Pada sebelah petang pula gantikan dengan yang baru. Kalau boleh biarkan semalaman. Waktu pagi, gantikan semula dengan yang baru. Buat berulang-ulang selama seminggu.
2. Ini pula berdasarkan petua orang Arab. Caranya ialah amalan makan sebanyak yang boleh biji jintan hitam yang dicampur dengan madu. Sebelum tu pastikan anda rujuk dengan doktor terlebih dahulu untuk pastikan pengambilan jintan hitam dan madu tu tidak bercanggah dengan ubat-ubat hospital yang diberi. Pastikan juga ayah awak tak allergic ngan jintan atau madu. Selain tu, sapu atau pupuk serbuk biji jintan hitam yang digaul dengan sedikit minyak zaitun ke bahagian dada pada waktu petang.
helo , saya mimie . sejak kebelakngan ini sya mnglami btuk yang kerap . tekak sering brasa gatal2 . berat bdn saya susut tapi saya ada selera nak mkn . knpe yer admin ? lau btuk pn dada slalu skit . btuk pn , slalu nak muntah2 tapi tak kluar dari mlut . blkng pn slalu skit2 .adakh itu tnda nya tibi . saya rasa takut sangat
Kemungkinan besar itu bukan tibi. Namun, gejala yang dialami memang seperti terkena jangkitan kuman. Perlu dijelaskan bahwa che petu nie bukan doktor.
Apa pun cuma doktor yang boleh pastikan, itu pun setelah dilakukan pemeriksaan dan beberapa ujian. Elok awak pergi berjumpa doktor dengan segera. Jangan nanti sampai dah ke peringkat lebih teruk baru nak kelam-kabut. Jangan biarkan kuman tu berkampung dan bercambah dalam badan hinggakan akhirnya antibodi tubuh pun tak mampu nak lawan.
salam che petua.dua hari lps suami sy disahkan sakit tibi tp masih diperingkat terkawal.boleh ke sy sebilik dgn suami?anak kami pulak yg berumur 1tahun lebih ada batuk kering adakah dia berjangkit dr ayahnya?risau pulak saya.anak sy memang rapat dengan ayahnya.
Salam Puan Mell. Bagi saya tiada masalah untuk awak sebilik dengan suami. Logiknya, sebab menurut kata awak ia masih di peringkat awal, so doktor tidak menahan suami untuk duduk di wad atau hospital. Jika doktor mengesyaki tibi tu mudah sangat berjangkit, tentu sahaja suami awak dah kena ‘kuarantin’.
Sepertimana ramai yang dah maklum, salah satunya ialah melalui udara apabila pesakit batuk. Jadi, contohnya kalau awak dalam satu bilik dengan suami dan tetiba dia mula dan kerap batuk, maka cepat-cepatlah beredar dan/atau buka pintu dan tingkap supaya kuman tu dialihkan melalui udara ke tempat lain. Seelok-eloknya awak kena tambah lagi ilmu dan pelajari apa lagi faktor, penyebab dan bagaimana kuman tibi boleh berjangkit.
Jika dirasakan suami boleh terima nasihat/pandangan, boleh sarankan sewaktu dalam rumah minta dia pakai ‘penutup’ mulut macam doktor bedah atau yang selalu kita tengok orang pakai masa kes pencemaran udara dulu.
Yang pentingnya juga kena pandai ‘menjaga’ hati suami. Lebih-lebih lagi waktu dia sakit sekarang nie. So, bawa berbincang dan pastikan dia sedar apa risiko dan kebarangkalian jangkitan kuman kepada orang lain. Ini supaya, jika contohnya suami tiba-tiba batuk dan jika dia sedar orang di sekitar terus beredar (untuk menghindari jangkitan), mungkin dia akan salah faham.
Dalam keadaan sekarang, awak pun kena pastikan diri sendiri kekal sihat dan tidak dijangkiti. Melalui risalah di hospital kerajaan, sudah pun dinasihatkan sekiranya ada anggota keluarga yang dijangkiti tibi, eloklah anggota keluarga lain yang tinggal serumah juga mendapatkan pemeriksaan dan diuji untuk pengesahan. Mungkin kena ‘test’ sebulan sekali, sehinggalah dipastikan pesakit pulih sepenuhnya.
Dah dipastikan ke anak Puan pun menghidapi batuk kering? Jika sah dia pun kena, berkenaan cara bagaimana dia dijangkiti tu rasanya doktor pun tidak dapat pastikan 100%. Ada kemungkinan juga anak Puan mendapatnya daripada orang lain, dan kemudiannya menyebarkan kuman itu kepada ayahnya.
Apa-apa pun jangan terlalu risau. Biasanya sekiranya sudah mengikuti rawatan daripada peringkat awal, boleh sembuh 100%. Banyakkanlah berdoa dan bersedekah. InsyaAllah, semuanya kan berakhir dengan sejahtera.
ya salam….
pd 1 june 2013, baru-baru ini. keluarga kami di kejutkan dengan pemergian ibu kepada adik Bila (bukan nama sebenar). Kalau ikutkan salah-silah family kami…Bila adalah anak buah kepada ibu mertua saya.. bermakna Bila sepupu kpd suami saya.. ayh Bila adaalah adik kepada ibu mertua saya….
ibu Bila mengidap Tibi… tapi sebelum pengebumian di lakukan.. saya telah di maklumkan bahawa arwah telah di bungkus mengguna plastik… baru di kafankan…..
persoalan saya….. kepada mereka yang mengidap TIBI dan meninggal dikeranakan TIBI.. mereka mmg akan di bungkus ker sebelom di kafankan.? dan… adakah kulit arwah akan mengelupas ketika sakitnyer….. daripada apa yang saya dengar..ia seolah2 bukan penyakit tibi.. tetapi arwah mengidap HIV + TIBI…
namun dengan itu, saya dan ahli keluarga yang lain dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hosp. berdekatan bagi melakukan test TIBI.