Petua Beras

Petua Simpan Beras

Elak Kutu Beras

Beras yang disimpan lama akan terdapat kutu beras. Cuba amalkan petua ini untuk mengelakkan kutu beras hinggap di tempat simpanan beras. Masukkan salah satu atau sebaik-baiknya (supaya lebih berkesan) benda-benda berikut di dalam bekas simpan beras:-

1.   Beberapa helai daun limau purut.

2.   Beberapa helai pelepah daun belimbing. Pelepah perlu dijemur hingga kering terlebih dahulu sebelum disimpan.

3.   Beberapa biji cili kering.

Elak Kumbang Beras

Cili kering jika disimpan di dalam tempat menyimpan beras juga mampu menghindarkan kumbang beras. Sebaiknya masukkan kira-kira 10 biji cili kering dan pastikan cili tersebut ditimbus di dalam beras.

laman petua:

beras, kutu beras, petua simpan beras, petua kutu beras, petua beras kutu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>