Barangan seramik seperti perhiasan dan termasuk juga lantai dan dinding bilik yang diperbuat daripada seramik, kalau tak dijaga dan dibersihkan lama-kelamaan akan kelihatan pudar dan hilang serinya.
Ada cara mudah untuk membersihkan barangan seramik nie. Petuanya ialah dengan menggunakan belimbing buluh.
Belimbing buluh dikatakan mempunyai kandungan asam yang tinggi dan amat sesuai untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada seramik.
Petua Membersihkan Seramik
Memula tu kenalah sediakan belimbing buluh dulu. Cuba pilih buah yang dah cukup matang kerana buah yang dah betul-betul matang mempunyai kadar keasaman yang tinggi berbanding buah belimbing yang masih muda atau kurang masak.
Potong buah belimbing tersebut dan gosokkan bahagian dalamnya pada lapisan seramik yang hendak dibersihkan. Biarkan selam 10-15 minit.
Lepas tu, ambil berus gigi yang dah tak digunakan, celup ke dalam air sabun dan gosokkan pada seramik tersebut secara satu arah terutama pada bahagian yang kotor sehingga kotoran tu terangkat.
Kendian, lembapkan sehelai kain bersih dan lap pada seramik tadi. Setelah itu ambil pula kain bersih yang kering dan lapkan pada barangan seramik tu hingga bersih. Barangan seramik korang akan nampak lebih bersih dan berkilat.
Leave a Reply