Cuba korang perhatikan getah paip kat halaman rumah tu. Getah paip terutama yang panjang-panjang tu kalau dah lama sangat digunakan kemungkinan besar akan berlumut.
Kalau ianya kotor berlumut kat bahagian luar senang lah sikit nak menggosok kotorannya tetapi yang jadi masalahnya ia berlumut kat sebelah dalam.
Macam mana paip tu boleh ada lumut kat belah dalam tu tak tau lah tapi apabila dibelek memang kompom ada banyak lumut. Hmm.. masaelah donia ni!
Bagi orang yang banyak duit, senang jer nak settle masalah nie… beli yang baru.. hehe..
Bagaimana pun, seeloknya kita berjimat-cermat mana yang patut ye tak. Mana yang boleh save tu kita usahakan lah apa yang patut. Bukan isunya kita kedekut tapi kalau benda alah tu masih boleh diguna buat apa lah beli yang baru. Duit yang ada tu boleh simpan untuk belanja keperluan lain yang lebih mustahak ataupun boleh kita sedekah amal jariah ataupun yang terbaiknya beli hadiah untuk kaum keluarga. Dapat pahala, in sha Allah.
So, che petua nak kongsi cara nak bersihkan lumut pada bahagian dalam getah paip yang che petua belajar.
Petua Bersihkan Getah Paip
Kaedah yang pertama ialah memula kita jemur paip tu kat tengah panas supaya lumut di dalamnya kering. Lepas tu pukul dengan kayu untuk memisahkan lumut kering tu dari lapisan dalaman paip. Masa pukul tu perlu dilakukan dengan berhati-hati agar paip tu tak pecah.
Kemudian barulah pasang paip tu semula pada kepala paip dan buka airnya. Lumut kering dalam saluran paip tu akan mengalir keluar dan paip tu akan kelihatan lebih bersih.
Cara yang kedua ialah dengan memasukkan pasir atau batu-batu kecil atau kedua-duanya sekali kat dalam paip tersebut. Selepas itu pasang paip dan biarkan air mengalir untuk beberapa ketika. Kalau kena caranya, lumut kat bahagian dalam paip tu akan ‘dikikis’ keluar oleh pasir dan aliran air tu. So, kalau ada masa lapang coba lah.
Leave a Reply