November 1, 2014

Petua Bersihkan Kerang

Pada pendapat saya, berdasarkan pengalaman yang tak seberapa nie, cara menikmati kerang yang paling terbaiiikkk ialah makan kerang bakar.. cicah ngan air asam.. fuhh.. terbayang jer pun dah siap meleleh air liur nie..

Masalahnya, kekadang bila makan di kedai ada kalanya kerang yang dihidangkan nampak macam tak dibersihkan dengan betul. Kulitnya nampak seperti masih ada lagi tanah lumpur yang melekat dan selalunya kalau di luar dah kotor..hmm… bila dibuka mesti ada tanah kat dalam kerang tu.. huhu..

Tapi nak salahkan pekedai tu 100% pun mungkin tak berapa adil lah sebab membersihkan kerang nie memang kerja petua bersihkan kerangleceh. Walaupun dah dicuci berkali-kali pun kerang tu masih lagi belum bersih sepenuhnya.

Bahkan kita sendiri pun rasanya bila masak kerang kat rumah memang ambil masa yang lama nak pastikan ia bersih.

So, lain kali kalau berhadapan ‘tugas’ berat membasuh kerang, apa kata korang cuba salah satu petua berikut:

Petua Membersih Kerang

Ambil segenggam daun ubi kayu dan ramas bersama kerang yang hendak dicuci itu. Lepas dah ramas beberapa lama barulah dibilas dengan air bersih. Kaedah nie akan membolehkan kerang itu dapat dicuci dengan lebih mudah dan akan lebih bersih dari cara mencuci yang biasa.

Teknik Bersihkan Kerang

Rendam kerang dalam air. Ambil pelepah daun pisang. Buang daunnya. Potong pelepah pisang tu kepada beberapa potongan kecil dan ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan kelihatan lebih putih dan bersih.

Cara Membersihkan Kerang

Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan kemudian bilas dengan air bersih.

ataupun

Ambil beberapa batang serai. Tumbuk serai tu tapi jangan sampai terlalu hancur. Rendam serai dalam air bersama dengan kerang yang hendak dicuci. Gaulkan dengan tangan beberapa ketika. Lepas tu biarkan semuanya terendam selama lebih kurang 10-15 minit kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Kulit kerang akan kelihatan lebih cantik dan bersih.

Petua Mudah Kopek Kerang

Bagi yang mahu hidangkan kerang tanpa kulit, contohnya bila nak buat koeyteaw ker.. hmm.. boleh lah cuba petua mengopek kerak nie…

Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu minyak masak ke dalam bekas rebusan semasa merebus kerang. Kerang akan terbuka sedikit dan oleh itu mudahlah untuk mengopeknya.

 

laman petua:

cara basuh kerang, cara bersihkan kerang, cara cuci kerang, cara membersihkan kerang, cara mencuci kerang
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Intan says:

    terima kasih.. petua ni sangat berguna

Speak Your Mind

*