May 21, 2013

Petua Bibir Merah Semulajadi

Salam,

Pernah tak tengok orang yang tak pakai gincu tapi bibirnya tetap nampak merah? Hmm.. lazimnya orang yang dianugerahkan mempunyai bibir merah nie ialah orang yg ada pigmen berkulit putih, tak seperti kebanyakan orang Asia yg berkulit sawo matang atau gelap.. hehe..

Sebenarnya kalau difikirkan balik orang dulu-dulu tak pakai pun lipstick atau gincu nie tapi ada yang mempunyai bibir merah bugar kan.. Rahsianya sebab amalkan petua yg diwarisi sejak turun-temurun lah..

Petua Dapatkan Bibir Merah Semulajadi

Kalau ada yg berminat boleh dicuba petua nie.  Setiap malam sebelum tidur, sapukan madu kat bibir. Biarkan semalaman. Bila dah bangun pagi tuh barulah dibersihkan bibir.  Madu yg disapu tu dikatakan membantu menjaga kelembapan kulit bibir serta mengekalkan tekstur dan warna bibir agar ianya nampak sihat dan menawan.

Hasilnya tak akan nampak dengan serta-merta. Tapi jika diamalkan berterusan, lama-kelamaan bibir akan kelihatan basah selalu dan nampak merah dan lebih seksi.. auwww !

Petua Bibir Merah

Untuk mereka yg susah nak dapatkan madu, boleh dicuba alternatif ini.petua bibir merah Sapukan mentega atau marjerin pada bibir tuh…

Peringatan

Ada juga yg syorkan untuk sapu bibir tu dengan ubat gigi.  Selalunya bebudak sekolah suka cuba cara nie.   che petua tak galakkan lah untuk pakai ubat gigi nie.  Sebabnya awalnya memang berkesan, tapi lepas dua tiga hari ada orang kata bibir dia jadi merekah dan kulit bibir pecah-pecah.  Ada pulak yg kata lepas jadi macam tu bibir nampak seakan hitam, lebih hitam dari sebelumnya…hu..hu.. cian kan…

Petua Bibir Merah Bak Delima

Ada satu lagi petua kalau yg kat atas tu tak berapa menjadi.  Tumbuk halia sampai lumat.  Kendian tapis halia tu dan airnya dicampurkan pula dengan sebiji telur ayam kampung.  Amalkan minum air campuran nie setiap pagi.  Bibir yg selalunya pucat tu akan nampak seperti delima merekah…!

laman petua:

petua bibir merah, bibir merah, tips bibir merah, petua bibir merah semulajadi, bibir
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. alfarafiesya says:

    assalamualaikum…nk tnya,pkai telur aym kg yg mentah ke?

    • che petua che petua says:

      Salam… ya betul tu.. gunakan telur ayam kampung yang mentah. Kalau tak lalu nak makan telur mentah, boleh buat telur setengah masak.

  2. Nany says:

    kalau telur ayam kampung tak dak boleh tak guna telur biasa.
    kebiasan guna mentega berapa minggu nak merah?

    • che petua che petua says:

      Petua yang dikongsi tu adalah petua orang lama. Kalau orang tua-tua perturunkan ‘ilmu’ selalunya bila ada petua yang gunakan telur, diaorang mesti akan sebut ayam kampung.

      Kalau difikirkan, ada rasional atau kelebihan ‘ayam kampung’ nie berbanding ‘ayam bandar’..hihi… Ayam yang selalu kita beli kat pasar atau pasaraya tu selalunya ayam ternak yang dah dicucuk hormon atau diberi dedak yang entah apa dalam kandungannya bertujuan nak mengemukkan ayam. Bila ayam tu dah makan benda pelik-pelik, agaknya apa yang terkandung dalam telurnya?

      So, daripada perkongsian nie.. harapnya Nany boleh tentukan samada boleh guna telur ayam biasa atau tidak… Jawapannya boleh, tetapi…

      Untuk soalan berapa minggu nak merah tu, saya tadak jawapannya.

  3. Nur Sania says:

    berapa lama boleh dapat kesan mulut merah

    • che petua che petua says:

      che pun tak tau lah Dik Nur… 3-4 minggu lah agaknya. Rasanya kalau pakai petua guna halia tu mungkin lebih cepat lihat kesannya sebab halia tu agak ‘panas’.

  4. Hana says:

    Saya ada petua lain untuk merahkan bibir jugak. Saya selalu sapu madu kat bibir. Saya suka cara ni tak payah ssh2 cari bahan. Org selalu buat sapu kat bibir utk 30 min atau 1 jam. Tapi saya sapu madu tu bawa tidur sampai esok pagi. Bila bangun pagi madu tu keringla sikit tapi tetap melekit. Memang bibir terus mungil lah selain merahkan bibir. Huhu kalau orang lesak time tidur tak boleh la bersemut kang. Haha.

    • che petua che petua says:

      Bagus petua madu nie. Thank you so much Hana.

      Hmm… pasal bersemut tu buat che petua terfikir satu idea mengarut.. hehe… Biar semut gigit bibir sampai merah.. ahaks..

Speak Your Mind

*