Salam,
Sekarang ni kelihatan makin ramai lak kaum wanita yg ada ‘misai’. Kenape yer? Mungkin pasal pemakanan kot… Maklumlah zaman sekarang nie macam-macam benda yg kita makan tambah lagi dengan segala mala jenis bahan kimia yg ditempek-tempek ke muka.
Ada pulak tu masa kecik-kecik dulu tak ada plak misai. Tetiba bila dah besar
panjang tak pasal-pasal boleh tumbuh lak. Makin hari makin obvious pulak tu. Camna nak settle nie…
Bagi kebanyakan yg mengalami masalah misai nie tentu sekali redha dengan anugerah Tuhan kan… tapi sebenarnya tak salah kalau kita berusaha utk membuang ‘misai’ tuh.
Ehh… betul ke boleh buang misai tu? Dari segi agama tak salah ker..?
Daripada pembacaan che petua, tak salah sebenarnya untuk membuang misai malah digalakkan kerana takut nanti disamakan pulak dengan kaum adam….
Wanita yg ditumbuhi bulu selain bulu mata dan bulu kening diharuskan utk membuangnya. Dalam erti kata lain, bulu yg cam misai tu harus cukur laa..
so, tak salah kalau buang misai… except bulu kening ngan bulu mata kalau buang memang haram..wallahualam
Hukum mencabut bulu di muka perempuan iaitu di pipi dan atas bibir dibolehkan untuk mengembalikan keaslian wajah wanita yang memang tiada bulu di mukanya.
Petua Menghilangkan Misai Wanita
So, kalau nak buang camna? Ada orang yg cukur jer cam lelaki cukur misai. Memang berkesan pada mulanya. Tapi ikut kaedah cukur nie lama kelamaan misai tu tumbuh balik ia jadi makin kasar dan lebat. Tak caya cuba cukur…
Ada orang tak cukur tapi dia `trim` pakai gunting. Dengan ‘menerim’ bulu di atas bibir tu nampak kurang sikit lah… tapi tak lah hilang terus. Bezanya cuma misai tu tak jadi lebih kasar kalau nak dibandingkan dengan cukur.
Selain daripada trim, ada lak yg cabut guna pencabut bulu kening. Tapi bagi yg penah mencubanya memang tahu lah sakitnya. Cabut satu adoi.. dua adoi.. kalau dah sepuluh dua puluh helai camna? Mau meleleh air mata semangkuk.. hehe…
Lagi satu, kata orang cabut nie pun cuma tahan seminggu dua jer.. pas tu dia tumbuh balik.. Kira okey lah tu kan..
Ada cara lain tak??
Pegi lah ke salon ke beauty centre ke yg berlambak di pasaran sekarang nie… Diaorang ada buat rawatan tu, apa term dia pakai ntah …threading ka waxing…lebih kurang cam tu lah….
Tapi kaedah tuh cuma utk orang berduit je lah… dengar cerita ada yg caj sampai beratus-ratus sekali rawatan… ribu pun ada tau… Berapa lama bulu tuh hilang… ntah lah… setahun kot.. tak pun sebulan… hehe.. che petua tak tau lah pulak…
Petua Buang Misai
Citer punya citer sampai terlupa lak nak kongsi petua buang misai nie… Haa.. ini dia antara petua yg che petua dapat kumpul, seperti biasa, keberkesanannya tak dijamin yer.. tapi moga dengan usaha tuh siapa tahu ia sesuai buat anda… rasanya lebih baik cuba dari tak cuba… dan lebih baik try dulu petua nie daripada pegi ke salon kecantikan yg belum tahu lagi berkesan ke tidak…
Petua untuk hilangkan bulu atas bibir
Sediakan sebiji limau nipis dan setengah sudu gula pasir.
Perahkan jus limau tuh dan campurkan dengan gula pasir tadi. Kendian sapu pada tempat bermisai tu sambil menggosok perlahan-lahan. Ia membantu menanggalkan bulu-bulu halus pada bahagian tuh…
Biarkan sejam kemudian baru dibilas dengan air bersih. InsyaAllah…








bleh tak klau nak gantikan limau nipis dgn buah lain ex cam buah tomato ke..tomato pn bsifat mghakis cam limau nipis gak kn??
cik nina,
Setakat nie apa yg saya tau tomato biasa dijadikan ramuan untuk buat ‘face mask’ seperti jus tomato campur timun dsb.nya sebab ianya dikatakan bagus untuk kulit. Ada juga saya dengar tomato ni diguna sebagai bahan untuk mnjadikan rambut lebih berkilat. Tapi kalau utk menanggalkan bulu-bulu halus kat atas bibir tu tak pernah lak saya dengar orang guna tomato. Tapi reasoning cik nina ‘tomato bersifat menghakis’ nie ada betulnya jugak…
petua ni just untuk menanggalkan atau menghilangkan terus? kalo just setakat menangalkan lebih baik tak payah buat,nanti akan tumbuh lebih teruk. kalo mnghilangkan terus macam buat rawatan laser tu okey la..
Tak pasti lak saya kalau ia boleh menghilangkan terus. Rasanya ia akan tumbuh balik, cuma kesannya lama sket dan ianya tanggal lebih semulajadi kalau dibandingkan dengan cukur…
Mungkin ada pembaca lain yg boleh kongsi pengalaman…
kluw nk menangalkan terus pkai laa produk hair gone ? ia boleh mematikan sel2 pertumbuhan bulu di bahagian muka
assalamualaikum … petua ini bagus ke??? kalau saya liat di television ada seorang wanita tu bemisai lepas tu dia ambil madu lebah di lapkan ke arah misai nya dan ambil gam plastic tahan 1 jam lepas tu di cabut <— in petua palsu kah???
Program yg awak tengok kat t.v tu cerita tempatan ker luar negara punya? First time saya dengar pasal petua buang misai pakai madu nie..
mm..saya pernah gak cuba y limau+gula tu…
mula2 tu rase gak cam pedih2+gatal2..p skjap jer…
p baru buat dalam seminggu…x nampak sngt lagi kesan dia…
ape2 pun..cuba jer..jadi x mnjadi lain kira…huhuhu
Betul tu… cuba dulu, kalau tak cuba manalah nak tahu menjadi ke tidak..
Berikhtiar melalui cara tradisional ni pun lebih kurang sama ler macam makan ubat yang doktor bagi, ada setengah orang kejap jer sembuh. Yg lain mungkin kena tambah dos atau langsung tak menjadi.
Syabas kerana awak ada semangat mencuba. Sebaik-baiknya kita kenalah juga berusaha selain berdoa pada Tuhan. InsyaAllah menjadi usaha masing2.
pas tu cmne hsil nyer?? ok x?? . .sye mlu lah,sbb org llki sllu tgor sye,msai sye nie mglahkn dorg
Misai atau bulu-bulu halus kat bibir tu bergantung juga pada paras hormon. Kalau paras hormon lelaki tu terlebih maka lebih banyak ler misai yang tumbuh.. Hmm.. elok awak survey juga cara rawatan guna laser tu. Dengarnya kesannya memang berbulan-bulan misai tak tumbuh. Guna petua nie ada yang kata okey.. ada yang kata tidak.
tumbuh balik kah???kalau slepas digunakan??
mcm mne kalu dh trleps cukur erk??
takut laa..
Benda dah ‘terbuat’, apakan daya.
Dikatakan bahawa misai tu jadi lebih lebat lepas dicukur, berdasarkan pemerhatian dan perkongsian pengalaman kebanyakan orang. Dikatakan akan berlaku terutama jika kerap dicukur. Kalau ‘jarang-jarang’ cukur tu.. kira selamat kot…
Harap lepas nie jangan dicukur lagi. Kalau dah kelihatan lebat sangat, trim jer. Elakkan dari bercukur seperti lelaki.
oo…tp kalu bru aje sekali ‘tercukur’ mmg lebat jugak erk?boleh aje kan kalu cuba petua limau nipis tu?
Boleh.. boleh. Cubalah amalkan. Cuba buat 3 kali untuk perhati sebarang perubahan. Ada orang buat menjadi dan ada juga yang tak dapat kesan yang diharapkan.
misai akan jadi lebih lebat lagi tak lepas buat ni?
Rasanya tak. Sebab ‘misai’ tu tanggal secara ‘semulajadi’. Kalau tak yakin, jangan dicuba. Ataupun cuba ‘test’ kat tempat lain dulu, misalnya kat bahagian kecil di betis atau di lengan.
Tapi kalau dicukur memang ‘confirm’ akan tumbuh lebih lebat dan kasar.
kalu blh nk petua yg boleh hilangkn terus bulu 2,,,,,
Samada bulu tu tumbuh semula atau tidak bergantung kepada individu. Dengarnya kalau pakai ‘laser’ pun bulu tu akan tumbuh balik.
bulu halus jer ke tertanggal? bulu lebat boleh tanggal ker?
Suma bulu leh tanggal. Aikk.. ada yg lebat ker… ini mesti kes pernah cukur sebelum nie..
. ade tak produk yg bole hilangkan misai ni ?
Pastinya ada. Cuba tanya kat kedai farmasi. Kalau malu nak tanya direct, memula tanya dulu pasal ubat/produk gugurkan bulu roma. Lepas tu bisik kat pharmacist atau sales assistant tu produk untuk buang ‘misai’ ada ker.
Tapi kena ingat, bukan semua produk sesuai untuk semua orang. Masalahnya selagi tak cuba, kita tak akan tahu produk tu sesuai ke tidak dengan kita. Hmm.. so akhirnya kita dalam ‘dilema’. Nak cuba ker tak cuba.. tepuk dada, tanya nak makan apa.
Kalau gna limau kasturi mcm mna?
Boleh la kot.. hehe.. Jangan lepas nie ada orang lain lak cadang pakai limau mandarin sudah ler…ahaks…
petua yg menarik tapi rasanya maybe lambat skit nak nampak kesan selalunya saya guna wax jer beli kat farmasi / watson / guardian jenama veet lebih cepat skit tapi kena tahan sakit la. Misai pun tumbuh lambat hi3. Tapi sekarang ni tengah kumpul duit nak buat laser klu laser lambat skit bulu tumbuh atau klu tumbuh pun halus2 walaupun tak permanent.
Terima kasih kerna sudi berkongsi pengalaman Kak Vogue. Kalau boleh beli peralatan laser tu dan buat sendiri kat rumah lagi best kan..hehe.. Kalau mampu ler..hihi…
cam ne ek nak bgi hlung msai pempuan….kdang2 nmpk cam laki….
Kan dah kongsi petua kat atas tu… lagi mau tanya ker hihi…
che petua . bole ke pakai limau kasturi ? Sebab sya prna bca petua ni kat ‘laman petua sukma.com’ . Tapi x bole pkai limau selain limau nipis . Saya masih blm cuba petua-2 ni sebab takut jadi apa-2 . Sampai skrg saya x knal limau nipis tu mcm mana rupa dia . Kalau ada sesiapa bole bagi saya mklumat atau kongsi testimoni yg da berjaya contc sy tau
: 0177490901
Limau nipis lebih bagus. Tapi limau kasturi pun boleh juga sebab kandungan asidiknya lebih kurang sama lah kot.. Orang dulu2 memang bagi petua dan diaorang sebut limau nipis, mungkin masa tu tak banyak tempat yang boleh dapat limau kasturi.
Kalau Azlin tak berapa yakin, saya syorkan awak cuba petua nie kat bahagian lain dulu seperti tempat kecil di lengan atau betis dan lihat kesannya dalam 2 minggu atau lebih. Eloknya buat untuk tempoh sebulan.. tengok bila ia gugur dan adakah ia akan tumbuh semula.
Petua2 nie bergantung juga kepada tiap2 orang, kalau tak serasi dengan seseorang memang tak mendapat hasil seperti yg diharapkan.
Nnt nk cube buat lah .. Malu la ade misai tu ..
Bagus tu Nisa… Kalau kita tak cuba memang tak akan tahu samada berkesan atau tidak. Anyway, eloknya cuba kat tempat lain dulu.. tengok samada serasi ngan awak kay…
hmm , boleh ke guna ? rasa tak yakin la . tapi dalam hati ni nak je buang bulu ni . FEDUP . kawan kawan saya tak ada pon macam ni . saya je . saya niat nak buang benda ni sesangat . TAPI takot la . ):
Tiey… kalau dirasakan bulu2 halus kat bawah bibir tu tak ‘obvious’ sangat.. biarkan jer.. Kekadang kita je yg rasa macam banyak bulu2 tu, tapi sebenarnya orang lain bukan perasan sangat pun..
Hmm.. kalau tak yakin, better jangan buat. Elok cuba kumpul duit untuk buat rawatan laser.. tak tau ler pulak berapa kosnya.. mungkin ratus-ratus ringgit.. Tapi tak pasti jugak ler kalau buat laser tu samada akan tumbuh balik semula.
sy da try.. tp mcm xde pape pon effectnya..
cik petua tolong la sy.. sy da xtau nk buat ap..
malu nk brhadapan dgn org..
nk guna laser mmg x mmpu..
student la katekn.. ad kaedah lain x cik petua?
please.. btw thanks for sharing
Mungkin Fifi kena amalkan beberapa kali baru dapat hasilnya…
Hmm… kalau Fifi baca komen lain yg kat atas tu, ada seorang pengunjung i.e. Kak Vogue yang kongsi tentang pengalaman guna wax. Kos ‘waxing’ lebih rendah berlipat kali ganda kalau nak banding dengan kaedah ‘laser’
Katanya beli produk jenama Veet yang doleh didapati di farmasi dan juga kedai-kedai Guardian/ Watson. Kalau tak pasti tanya jer kat pharmacist tu.
Ohh.. you are welcome Fifi.
Boleh tanya kos untuk buat laser berapa dan dimana tempat boleh buat laser tu ?
Saya tak tahu kosnya berapa. Mungkin cecah ribu-ribu sebab kena buat beberapa sesi antara 8-10 session utk rawatan keseluruhan. Ada juga yg perlukan hanya 4-6 sesi bergantung kepada pakej rawatan.
Untuk tempat rawatan, cuba google “laser treatment for hair removal in Malaysia”. Di situ akan keluar banyak website(s) untuk rujukan. Selalunya akan keluar juga iklan company yg menawarkan rawatan laser kat sebelah atas dan tepi tu.
haaaaa….jadi pon…terima kasih banyak-2 la ye… cuma saya punya ‘misai’ ni tebal sikit..so..dia ambil masa sikit nak hilang..kena buat 2 3 kali…terima kasih ye..
gne limau + gula ke? brape lame br jd?
Syabas Izzaty @ the Crown Queen.
Terima kasih sangat-sangat kerana sudi berkongsi pengalaman kat sini. Ramai yg dok tanya samada mujarab atau tidak, tapi tak berani nak cuba. Hmm.. semua tu bergantung kepada tubuh masing2. Contohnya kalau kita pening kepala atau demam, ada sesetengah orang telan sebiji panadol pun dah baik. Ada yang kena makan 2 biji baru berkesan. Ada orang pula yang kena makan sampai 6 biji sekali telan barulah dapat kesan.
Haaaa sure ke menjadi? Sbb saye dh try jugak buat kaedah ni..tp smpai skang tk mmbeei kwsan.semakin tebal misai tu ade aaaaa..
izzati: realy jadi ker? saya baru nk mula remove..dh mula tebal
Nak dikatakan ‘jadi’ tu bergantung lah. Untuk makluman awak, ada yang cuba tapi tak jadi. Ada juga yang berjaya. Yang pentingnya kalau nak buang ‘misai’ tu jangan sekali-kali dicukur.
Kalau ikut che, seboleh-bolehnya tunggu sampai dah keadaan ‘mendesak’. Maksudnya kalau dah ramai sangat yang menegur (dengan jujur) akan bulu-bulu tu dah ‘obvious’ sangat barulah diusahakan cara nak menghilangkannya. Bila tiba saat itu, berbanding cara moden yg menelan belanja besar (dan belum pasti hasilnya) tak salah jika dicuba petua dulukala yang lebih jimat dan moga2 berhasil.
sy pon ad masalah sama , tp x da la lebat sgt . kdang2 pndang cermin nmpak mcm ada misai . hmmm . benci la
adik sy pernah tnya psal kakak ada misai , malu nk djwabnya
nnti i try petua yg che petua share . harap2 menjdi
Moga-moga menjadi… InsyaAllah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.. kan…
saya nak cuba tapi takut tumbuh lagi banyak.. orang selalu gelakkan saya ade misai mcm lelaki… T_T sob sob
Apa kata awak TEST dulu kat bahagian kecil kat betis atau mana2 tempat lain yg seangkatan dengannya. Jahatnya diaorang yg selalu gelak kat awak tu..huhu… cian kat Wany.
saya akan cube petua nie. sgt risau dgn misai yang ada. sbnrnye dulu saya pernah cukur dan cabut. nasib tak bape nmpak lebat sgt. skrg nie nak bagi biar tak nmpak, sy just gunting je. harap petua nie berkesan. sedih sgt dgn keadaan diri. malu nak berhadapan dgn org ramai.
Sob..sob.. sedih nya dengar luahan hati awak… Tapi Fatin kena ‘relaks’… tiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Lagi pun sebenarnya ramai wanita yang hadapi masalah ‘misai’ nie. So, tak perlu risau sangat… InsyaAllah, kalau rajin mencari penawar, pasti akan mendapat hasilnya.
agak-agak boleh hilang ke kalau sebelum nie dah pernah cukur dan cabut?
lagi satu, berapa lama agaknya ia bertahan sehingga ia tumbuh kembali?
kalau tidak tumbuh kembali untuk selama-lamanya lebih bagus. huhuhu
Hmm… insyaAllah boleh. Bahan2 yg digunakan dalam petua tu tujuannya untuk ‘menghakis’ atau menggugurkan rerambut halus atas bibir tu secara semulajadi. Untuk berapa lama ia bertahan tu saya tak tahu… tetapi satu idea yang boleh dicuba ialah apa kata sebelum ia tumbuh kembali buat semula petua tu… lama-kelamaan agaknya ‘misai’ tu fed-up ler kot nak tumbuh balik.. Idea jer lah… keberkesanannya untuk buat suopaya ia tak tumbuh balik selama-lamanya tu tak tahu ler menjadi ke tidak.
member ofis selalu sakat sy pas balik keje ni cukur misai ye.. sy senyum je tp dlm hati malunyerrrr.. tuhan je yg tau.. sy akan cuba la petua ni.. che petua, gula pasir tu gula yg buat air la kan..
Ya. Gula pasair tu gula yang digunakan untuk buat air.
Isshhh.. nakalnya kengkawan ofis awak.. melawak ‘kasar’ ler diaorang nie…
salam , betul ke kalau kite cukur misai akan nmpk gelap bahagian tu ?
walau perempuan pon ?
Dari pemerhatian saya, kalau lama-lama sekali cukur mungkin tak begitu kelihatan. Tapi kalau 2-3 minggu sekali tu sah memang akan nampak terutama waktu bulu misai tu nak tumbuh balik.. bila dah tumbuh tu memang lah gelap kan.. Tentu awak perasan kan lelaki yg ada misai.. bila diaorang cukur ‘clean’ tu biasanya hari pertama atau kedua okey.. tapi masuk hari ketiga nampak cam lain sket.. nampak cam warna hijua pun ada…
then mcmne nak cerah bhgian tu eh ? *ragu2
Sy rse kalo pakai krim muka or foundation byk2 misai 2xkan nmpk sgt… pakailah bedak tebal sikit. .
Setuju. Bagi sesiapa yg ragu2 untuk cuba petua nie atau cukur dsb.nya, guna jer suggestion yang Nini kongsikan nie. Simple and effective.
Thanks for sharing Nini.
boleh tlong sye.mcm mne nak hilangkan misai.
Err.. kenapa nak buang misai tu.. Kan ke nampak lebih ‘kelelakian’ kalau lelaki ada misai.
nak jadi bapok ka ?hahaha
gula tu setengah sudu kecil or besar?
Sy dah try..tp until now kesan tk nnpk..dh sbulan kot.
saya cukr misai tu.. tiba2 rasa tkut pula bila dh baca kt atas..
cmnie cukur misai lpas 2 xsengja gatai tngan p cukur dkt jangut skli ngn pipi
tiba2 lepas seminggu tu tubh balik.. klau nk buat setngh muka boleh x petua yg 2??
Aiseyy.. jangan dik.. jangan diamalkan lagi. Makin kerap dicukur, makin galak dia naik.
che petua rasa petua nie lebih efektif untuk bulu-bulu yang tak berapa tebal. Setakat cukur atau tercukur sekali dua tu, mungkin tak berapa tebal lagi kot. So, cubalah jika dirasakan sesuai.. hmm.. boleh amalkan sebelah muka atau pun kat bahagian2 tertentu.
Anyway, katanya ada juga yang dah cuba.. tapi tak berkesan.. So, pepandailah pertimbangkan samada sesuai atau tidak untuk Nur.
dalam seminggu k?
salam che petua…kalau nak hilangkan misai bg perempuan mula-mula cabut guna kapur makan..lepas tu guna cara pakai limau nipis dan gula pasir boleh tak?
Salam Jannatul Syahida. Wahh.. sedap sungguh nama awak. Apa maknanya ye?
Disyorkan awak baca kesemua komen2 lain (kalau masih belum baca) untuk buat pertimbangan sebelum mencuba petua nie. Kesimpulannya ada yang buat menjadi, manakala ada juga yang tak nampak kesan seperti yang diharapkan.
Hasil dari perkongsian rakan-rakan dan para pembaca, boleh dibuat kesimpulan petua guna limau nipis lebih berkesan untuk ‘misai’ yang tak berapa lebat. Bagi yang sering cukur bulu-bulu kat atas bibir tu, petua nie biasanya dah tak memberikan kesan ‘positif’ kemungkinan sebab akar ‘misai’ tu dah makin kuat.
Jadi, sewajarnya digunakan kaedah lain untuk ‘menggugurkan’ bulu-bulu tu contohnya macam guna kapur tu. Malah, rasanya kalau dah apply petua guna kapur tu rasanya dah tak perlu lagi guna limau dan gula pasir, sebab bulu dah hilang dah. Ohh… kalau untuk amalkan bila bulu tu mula tumbuh balik, okey lah kalau begitu…
Cuma nak ingatkan, kapur tu ‘panas’. Jadi.. akan rasa pedih terutama kalau diletakkan banyak sangat. Silap2 boleh naik kemerahan bahagian bibir tu. So, be careful lah… kuch kuch hota hei…
cik petua: adakah cik petua sudah menggunakan kaedah yang cik petua suggest tu? gula pasir + air limau nipis?
tq…saya risau sgt dgn misai saya
Saya tak buat pun petua nie sebab tadak ‘misai’. Tak taulah lepas nie.. moga2 maintain tak ada ler ataupun ia tak lebat sangat ler.
Lebih elok Fadilah ‘test’ dulu petua nie kat bahagian lain dan lihat hasilnya dan samada ia tumbuh semula dengan cepat atau kalau tak tumbuh langsung lagi terbaik.
Tak perlulah risau sangat kay.. Usahakan ikut keyakinan dan ikut kemampuan. Rasanya makin ramai orang pompuan zaman skang yang berhadapan ngan problem misai nie.. so tak perlu worry terlampau.
tq che petua, saya pernh dgr guna kapur ..tapi tak pernh cube..saya baru sahaja buat laser, baru 1st session, ada 4 session lagi..hasilnya nnti saya kongsi disini keberkesanannya..
advisor tmpt saya laser berpesan pada saya, agar jgn sekali menyapu sebarang krim malam atau what ever krim muka di bahagian misai dan bawah lips. ia punca menyebabkan lebih subur bulu roma di bahagian ini akan tumbuh. faktor utama adalah genetik, 2nd is hormone, 3rd barulah krim3 nie…
Wahh..! Bagus tips-tips yang Fadilah kongsi nie. Betul jugak tu, bila difikirkan bulu-bulu roma nie bolehlah diibaratkan seperti pokok, makin diletak baja (krim) makin lebatlah ia.
Ohh… awak buat rawatan laser ye. Berapa kosnya? Ada diskaun ker? Saya ada dengar dan baca dalam akhbar bahawa rawatan laser nie memang berkesan. Kalau boleh nak tahu lah berapa lama ‘misai’ tu akan tumbuh balik. Kalau lebih daripada setahun, memang bagus tu. Mungkin ada ramai yang nak cuba lepas nie.
hye che petua: kos pertama 1k untuk 5 sesi, nampaknyer setakat ini alhamdulillah, baru masuk 2 session, mengikut ramalan, kadar pertumbuhan semula bulu adalah bergantung pada hormon masing2, saya tgk pada kesan customer, after 5 times buat, dh 3 bulan pun masih blm tumbuh, yg terbaik adalah sebanyak 8 hingga 10 session…tapi yg paing penting adalah jgn sapu ape2 krim di bahagian ini, kalu dh buat pun tapi masih menyapu dgn krim3…dibimbangi bulu subur semula..saya buat di Terrimmee..
Thank you, thank you, thank you Fadilah. Perkongsian yang sangat mantap. Boleh dikatakan cukup padat dengan maklumat2 relevan.
Saya sangat-sangat menghargai sharing sebegini dan rasanya ramai yang lain pun begitu juga.
P/s: Fadilah, che petua nak minta ‘permission’ untuk pamerkan alamat email awak. Boleh tak? Bukannya apa, sebab takut ada pulak hantar ‘spam’. Tapi rasanya mungkin ada yang nak hantar email ucap terima kaseh secara direct atas perkongsian pengalaman awak nie.
Assalamualaikum,Che Petua.Terima kasih atas tips2 ini ya.Semoga Allah merahmatimu
Saya nak try petua2 ni
as salam…sy ada gak search dlm Internet produk utk buang bulu ni iaitu hairgone oleh Zai Beauty Formula…ada sape2 yg dah pnh cube?berkesan x?
che petua bagaimana pula kalau guna gula + telur putih + tepung jagung?
Itu macam resepi untuk scrub jer.. hihi… Bagus untuk menjadikan kulit cerah dan gebu.
hari tu ade la jgk syer pegi survey brpa kos untuk buat rawatan laser dkat ats bibir jek, harga nyer utk satu rawatan lam rm200 tapi kena buat banyak kali gak la rawatan.. maybe kna spend in rm 1000 and above la.. tapi kekadang xyakin sbb takut tumbuh kembali.. emm.. tapi dlam hati mmg nk buang sgt2, sbb malu.. kawan2 laki pown pernah ejek sbb ade bulu dkat ats bibir mngalahkan laki..
Huhu.. diaorang ‘ejek’ yer.. bebudak laki memang dah gitu tabiatnya (bukan semua ler), suka ‘menyakat’. So, jangan dok layan sangat.. layan sikit2 takpe.. hehe.. sebab makin dilayan makin menjadi…
Fuyoo..! Banyak tu RM1,000 plus plus… Tapi kalau boleh tahan setahun ok lah rasanya.. Kosnya jatuh balik jadi lebih kurang RM100 sebulan. Lebih kurang sama ngan top-up handphone… hihi..
So, Cik Da… alang-alang nak buat laser tu (bila duit dah cukup), elok try petua nie dulu.
1- guna sudu besar ke sudu kecil? 2- kalau trim tu maknanye potong dengan gunting pon boleh heh?
Catsup, sukatannya ialah setengah sudu besar. Apa ke pelik nama you nie.. hihi…
Ya, trim tu maknanya potong dengan gunting macam Tom Selleck selalu buat tu… heh.
dh jumpa petua menghilangkn misai apa2 pun terima kasih saya akan cuba buat
kdg2 malu ada misai,tp org selalu ckp klau perumpuan ada misai kdg2 unik cause lain drpd yg lainn,saya cuba dlu jd xjd lain kira
again thank you che petua dh lama cari petua menghilangkan misai nie akhirnya jumpa juga,
tp takot xberkesan saje
Ohh Ina.. go girl! I like your attitude. Always think POSITIVE.. hehe.. ‘unik’… i like the idea. Setuju sangat…!
Macam tu lah.. kena berusaha dan berdoa untuk mencapai apa yang diimpikan. Like you said, “cuba dulu, jadi tak jadi lain kira”. Untung-untung dapat hasilnya. Tak salah pun mencuba.
Sama-sama Ina. Sekadar berkongsi petua daripada orang-orang lama. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada yang berkenaan.
hee,thank you che petua coz sokong pendapat saya!~ ,i am always think positive,and xkn pernah berhenti berdoa berusaha yeahh betul tu cik petua, tips yg che petua bg nie ia bnyk dpt membantu org yg mcm saya nie,teruskn tw bg tips2 mcm nie,may allah bless you,
ok kew..???? sy nk buang la misai yg ada kt sy ney tp tkot nk cuba sbb tkot tak menjadi dan bertambah byak…sy malu bila laki tgur tntg misai sy..di kolej byak xnk kwn gn sy kerna sy ada misai..begitu teruk nasib sy hnya kerna mempunyai misai…nk buat laser mmg xmampu la psal sdang bljar ag..tapi kalau boleh sy nk yg hilang kekal n tak tumbuh ag…malu laa
saya jantan ..ari2 cukuq misai semak la ada misai2 ni nmpak xkemas sgt,sbb org igt sy ni banduan ..sy jnis brbulu skit ,tang bulu dada xyah nk ckp la n bru 23 taun…misai sehari cukuq esok tmbuh balik plg lama 2hari..janggut xkisah sgtla tang misai tu adoi..penah cabut mmg seksa la sbb akar2 dahla mcm akar pokok balak haha..pendekkan crita nk cuba trik ni tqq
Awak ni ada bakat jadi pak lawak la Naruto.. hihi… Sempoy sungguh statement tu.
Sepertimana sempoinya awak, harap dapat juga dapat lihat dari aspek positif. Orang kata kalau lelaki banyak bulu nie keperkasaannya terserlah. Apa-apa pun, cuba jangan tak cuba dik. Keep up the ‘happy go lucky’ spirit! Lelaki yang ceria, mesti ramai wanita yang nak dekat.
hilangkan bulu tangan boleh x?
Untuk bulu di tangan, rasanya tak sesuai guna petua tu. Tapi tak salah kalu nak try.