September 2, 2014

Petua Buka Botol

Haha.. mungkin ada yang pelik ngan petua nie…

Mungkin ada yang berkata apa faedahnya petua botol nie.. Takkan ler nak buka botol pun nak kena pakai petua..??

Haa.. sebelum korang membebel lagi panjang ada baiknya korang kenang-kenangkan kembali mungkin ada masa-masanya sesetengah dari kita yang menghadapi masalah nak buka botol contohnya botol sos, balang jem sapu roti dsb.nya. Bagi orang lelaki yang badan sasa-sasa tu mungkin takde masalah ler.. tapi pakai kaum Hawa yang lemah-gemalai mungkin sekali-sekala berhadapan ngan masalah nie.. botol tu ketat sangat..!

Okey, lepas nie bagi sesiapa yang ada masalah nak buka botol nie, lepas toleh kiri toleh tapi nampak macam takde ‘orang gagah’ yang boleh membantu, cuba guna teknik nie untuk buka botol dengan mudah…

Petua nie untuk botol kaca jer… botol plastik tak boleh kay..

Petua Membuka Botol Dengan Mudah

Ada dua teknik yang boleh dipilih:

Kaedah pertama ialah dengan merendamkan bahagian bukaan atau mulut botol dalam air panas selama 2-3 minit. Lepas tu cuba buka. Biasanya lepas direndam ia dah tak ketat lagi.

ATAU

Layur bahagian penutup botol tu dengan api. Seeloknya pakai lilin atau guna pemetik api ataupun guna jer dapur gas dengan api sederhana. Apa-apa pun be extra careful ya.. Lepas dilayur atau dilayangkan pada api seketika, kendian cuba buka botol tu. Eloknya guna kain sebagai pelapik takut-takut melecur lak tangan. Okey.. selamat mencuba!

P/s: Err.. waktu nak buka botol jangan lupa untuk pusing ke kiri. Pusing kiri untuk buka. Pusing kanan untuk tutup.

che petua pun selalu gak terlupa sebelah mana nak pusing… Kekadang sampai naik biru muka tapi masih tak leh buka sebab terpusing sebelah kanan.. hehe..

laman petua:

cara nak sejukkan badan, cara buka penutup botol yang ketat, cara cara membuka penutup botol yang ketat pbs sains, buka penutup botol yang ketat, cara buka botol prego
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*