April 17, 2014

Petua Rambut Cantik

Kata orang “rambut itu mahkota kecantikan”, lebih-lebih lagi bagi seorang yang bergelar wanita.

Hmm.. seperti kita menjaga kecantikan kulit, begitu jugalah dengan rambut. Bukan setakat pergi ‘set rambut’ jer lepas tu biar jer rambut tu macam gitu. Walau cantik macammana sekali pun rambut tu kalau tak dijaga dan tak pernah disyampu tentu akan berbau… hehe…

Justeru, kali nie che petua ingin berkongsi beberapa petua berkaitan penjagaan rambut.

Petua Untuk Rambut Sihat

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah rambut rosak, nampak kusam dan bercabang, cuba petua nie untuk memperbaiki rambut rosak secara semulajadi.

Caranya ialah dengan menggunakan pisang. Selain membantu membaiki keadaan rambut, ia juga boleh menguatkan akar rambut dan pada masa yang sama mengekalkan kelembutan rambut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1-2  biji pisang (bergantung kepada kepanjangan rambut)
  • Sedikit minyak almond
  • Air soda

M.O.nya lenyekkan pisang sampai hancur. Kendian campur dengan beberapa titis minyak almond. Gaul sehingga adunan tu menjadi seperti krim yang lembut.

Basuh rambut dengan air bersih terlebih dahulu. Kendian sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut. Biarkan selama 15 minit.

Lepas tu bilas pula dengan air soda. Ramas rambut dan kulit kepala perlahan-lahan selama 5 minit sebelum dicuci kembali dengan air bersih.

Petua Rambut Berkilat

Ini pula petua untuk menjadikan rambut berkilat secara semulajadi. Caranya pun mudah iaitu dengan menggunakan telur jer..

Sediakan 2 biji telur dan setengah cawan susu. Pukul telur selama 5 minit. Kendian masukkan susu dan gaul hingga sebati.

Sapukan ramuan tersebut pada rambut dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cuba amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang kelihatan cantik berkilau-kilauan.

laman petua:

cara mendapatkan rambut yang cantik, petua rambut sihat dan cantik, petua membaiki rambut rosak, cara mendapatkan rambut yang lembut, cara memberus rambut buang kelemumur
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Afiqah Anuar says:

    Salam. em air soda tu air yg bergas tu ke ? Cam air F&N ?

  2. Anis says:

    salam…myk almond tu nak cari kat mane ye?

    • che petua che petua says:

      Salam Anis. Betul gak tu.. susah nak cari minyak almond nie… Hmm.. cara alternatif yang saya selalu lakukan kalau tak dapat cari kat kedai ialah beli kat laman Amazon.com atau ebay.com

      Kalau rajin, boleh buat minyak almond sendiri. Goreng almond sehingga hangit. Lepas tu giling atau tumbuk hancur untuk perah keluar minyaknya.

  3. Nur Sania says:

    berapa lma boleh tgk kesan tu?

  4. shabirah says:

    saya ader masalah rambut yang teruk…saya sering mencabut rambut saya sebab gatal.malahan kepala saya juga terdapat kelemumur halus…bagaimanakah cara bagi merawat kapala saya?

    • che petua che petua says:

      Rambut kalau selalu dicabut, lama-kelamaan akan menjadi botak. Bila tumbuh balik, dicabut lagi.. tumbuh.. cabut… lama-lama dia ‘merajuk’ kata tak yah tumbuh lagi dah… susah woo.. untuk pujuk supaya dia tumbuh balik.. seriously.. :(

      Kemungkinan besar kelemumur itulah yang menyebabkan kepala selalu gatal. Jadi penyelesaian yang che petua nampak ialah kenalah pulihkan kepala dan rambut tu dari kelemumur terlebih dahulu. Petua yang diamalkan oleh orang tua-tua untuk buang kelemumur ialah selalu cuci rambut dengan air limau nipis.

      Hiris beberapa biji limau nipis dan rendamkan dalam air. Gunakan air tu untuk membasuh kepala. Ambil hirisan limau tu dan gosokkan ke kepala. Pastikan kena sampai ke kulit kepala. Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk hilangkan kelemumur. Hmm.. orang sekarang nie lebih mudah pakai syampu yang ada kandungan limau nipis jer..

      Selain itu boleh juga guna daun pandan untuk hilangkan kelemumur.

      Lepas dah ‘settle’ masalah kelemumur tu, mungkin boleh dicuba pula petua pulihkan rambut rosak nie.

  5. dea says:

    minyak almond boleh dapatkan dekat pasaraya dalam pkns, shah alam. murah je. less than rm5. cari dkt barangan rambut. suka bau die…

Speak Your Mind

*