Keunikan Amalan Masyarakat Melayu, Cina dan India untuk Mencantikkan Rambut
Santan
Ramai wanita Melayu mengamalkan untuk membasuh kepala dengan santan. Santan tuh kira macam pengganti kepada syampu. Malah mungkin lagi bagus kot.. sebabnya kita akan rasa kulit kepala lebih sejuk selepas membasuh rambut dan kepala ngan santan.
Santan sebenarnya membantu melembut dan menyinarkan rambut dan dengan itu dikatakan mampu mencegah kekeringan dan rambut pecah-pecah di hujung.
Untuk mendapatkan hasil yang paling bagus ialah dengan menggunakan santan kelapa yang cukup masak. Ada juga sesetengah orang yang mencampurkan sedikit asam kat dalam santan tu dan membiarkan campuran tu sebentar selama 10-20 minit sebelum menyapunya ke rambut. Lepas sapu tu balut kelapa eh.. kepala ngan tuala sekurang-kurangnya setengah jam.
Dikatakan campuran asam dengan santan tu membantu menghitamkan rambut dan melembutkan bahagian hujung yang kasar.
Selain tu, bagi yang rajin akan turut memasak santan untuk dijadikan minyak rambut. Untuk lebih elok lagi, minyak santan tu dicampurkan pula dengan bunga melur atau bunga mawar. So, minyak rambut tu baunya lebih wangi di samping menggalakkan lagi pertumbuhan rambut.
Herba
Sesetengah wanita Cina pula gemar menggunakan herba berubat untuk melancarkan perjalanan darah. Ikut kepercayaannya, darah yang lancar memberikan tubuh badan yang sihat yang seterusnya membolehkan rambut tumbuh dengan cantik.
Herba seperti tong kui dan pat chan (boleh didapati di kebanyakan kedai ubat Cina) yang dimasak dan diminum boleh menambah kekuatan dan keanjalan rambut selain mencegahnya daripada beruban.
Selain tu ada juga wanita Cina yang suka mencuci rambut dengan menggunakan air herba tersebut.
Minyak Bijan
Minyak bijan atau lebih dikenali sebagai minyak lenga cukup popular di kalangan orang India. Bukan setakat wanita, malah kaum lelaki pun mengamalkan pakai minyak lenga sejak kecil untuk melebatkan rambut.
Minyak lenga yang disapu ke kulit kepala membantu menyejukkan di samping mengekalkan kehitaman rambut. Minyak lenga juga membantu mengurangkan masalah rambut yang semakin kurang, pecah, berkelumumur dan kering. Dikatakan pemakaian yang kerap akan menambah keserian rambut.
Leave a Reply