October 22, 2014

Petua Cerahkan Buku Lali Hitam

Petua ‘mencerahkan’ yang che petua nak kongsikan kali nie boleh dimanfaatkan untuk mengatasi dua masalah yang bagi mereka-mereka yang jenis tak prihatin pada penampilan diri buat-buat macam tadak masalah. Banyak lagi masalah dunia yang nak kena fikir.. hehe…

Tapi, bayangkan akan 2 situasi berikut:-

1.   Pakai kemeja lengan pendek berjenama dan harganya fuhh… tahap boleh beli 10-15 helai kemeja yang biasa-biasa. Tengok pada wajah si pemakai, hmm… kacak. Tapi bila pandang dari belakang, kat bahagian siku… mak aii.. berdaki… ishh.. itu bukan sebab berdaki sebenarnya tapi kulit kat bahagian siku tu jenis kasar dan kehitaman. Hmm.. potong 2 markah.. hihi…

2.   Pakai kasut Cinderella bertatahkan intan berlian. Harganya memang mahal tak ingat, hampir sama mahal dengan harga smartphone.. hehe… Tapi tengok-tengok tumit tu berdaki… aduhai…

Buku lali dan/atau siku yang hitam dan kasar pasti akan menjejaskan penampilan seseorang, apatah lagi yang menaruh impian nak menjadi ‘model’.

Dikatakan bahawa warna gelap pada tumit dan siku tu berpunca daripada hiper-pigmentasi kulit. Ia juga akan buku lali hitammenyebabkan kulit pada bahagian tersebut jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi kasar. Pada masa yang sama, faktor keturunan juga mungkin menjadi penyebab mengapa sesetengah orang mempunyai siku atau tumit yang kelihatan hitam.

Namun, tidak salah rasanya jika ingin mencuba mengatasinya dengan petua yang diwariskan oleh orang tua-tua nie. Cuba dahulu, siapa tahu menjadi…

Petua Atasi Buku Lali dan Siku Hitam

Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon. Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit sewaktu tengah menonton drama dsb.nya.

Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas  dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali

Sediakan satu cawan susu, tepung gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu kecil serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kendian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari…

laman petua:

hilangkan hitam di buku lali, cara nak hilangkan kesan hitam di buku lali, cara nak hilangkan hitam di buku lali, cara hilangkan buku lali hitam, petua cerahkan buku lali
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. KeChIk says:

    assalamualaikum ….serbuk kunyit tu satu sudu besar atau satu sudu kecil?

  2. siti nurhamizah says:

    Salam…sya nak tanye sedikit..susu apekah yg dimaksudkan ea…susu tepung kew…susu cair atau susu pekat…

    • che petua che petua says:

      Salam Siti. Menurut petua ni guna susu cair. Orang dulu-dulu guna susu lembu, tapi zaman sekarang ni boleh je pakai susu cair dalam kotak yang dijual kat supermarket tu.

  3. laila says:

    kalau guna limau kast4ri boleh tak

  4. ezah says:

    1cawan susu tu susu pekat yg bt air tea tu ke..cawan tu ukuran saiz bpe

Speak Your Mind

*