Sesetengah orang yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan keadaan persekitaran yang melampau atau masa kecik-kecik dulu memang jenis nakal dan terlebih aktif (he..he..) mungkin akan mengalami masalah siku menjadi hitam dan sedikit kasar.
Masa kecil dulu mungkin tak ambil kisah pun, tetapi bila dah dewasa mungkin ada sedikit perasaan malu lebih-lebih lagi bagi wanita. Bagi yang mengahadapi masalah siku hitam nie sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk memulihkan atau mencerahkannya kembali. Petua yang mungkin ramai belum tahu ni ialah dengan menggunakan buah lemon.
Lemon dikatakan mempunyai kadar kandungan asam yang tinggi dan mampu bertindak sebagai agen pengelupas yang sangat berkesan untuk membantu menghilangkan lapisan luar kulit yang berwarna hitam dan kasar pada bahagian siku tu.
Caranya pun cukup mudah… ambil sebiji lemon dan potong kepada dua bahagian. Letak dan tekankan satu daripada lemon yang dibelah tu ke siku korang selama sekurang-kurangnya sepuluh minit. Kalau banyak masa tu tekan lebih lama sedikit lagi bagus.
Untuk sebelah siku lagi ambil belahan lemon yang belum digunakan dan lakukan cara yang sama. Lepas tu barulah dicuci kedua-dua belah siku dan sapukan pula pelembap kulit. Cuba amalkan petua nie sekerap yang mungkin dan setelah beberapa lama korang akan mendapati warna siku kelihatan cerah kembali.
ida says
Assalammualaikum.
Kalau gunakan petua ini untuk cerahkan buku lali yang hitam berkesan ke ? Terima kasih. 🙂
che petua says
Salam Ida. Ya. Untuk buku lali pun boleh juga. Dan rasanya lagi senang nak kembalikan semula kecerahannya kalau nak banding dengan siku. InsyaAllah.
nana says
assalammualaikum. berkesan ke???
che petua says
Salam. InsyaAllah berkesan tapi kena buat beberapa kali. Kalau takat sekali dua, jangan harap..
Lagi satu, petua-petui nie cam obat yang doktor bagi ler juga… bagi setengah orang mujarab, bagi sekumpulan yg lain, telan berbotol-botol ubat pun masih tak baik-baik.
faiz says
assalammualaikum, nak tanya mana berkesan ubat dengan cara ini??? thakss. awak ni perempuan ke laki
che petua says
Salam Faiz. Dua-dua cara pun berkesan. Kalau dapat ‘obat’ yg power tu selalunya tak sampai seminggu dah boleh tengok perbezaannya. Sebab ubat yang power mempunyai kesan menghakis yg lebih kuat.
Pakai petua nie berkesan gak, tapi ramai orang cakap perubahannya lambat sikit. Lepas 2-3 minggu diamalkan dengan kerap baru nampak perubahan. Tapi kelebihannya ialah nampak lebih ‘natural’.
You are welcome.
P/s: Rupanya ada yg tak tau che petua nie perempuan ke lelaki…hehe.. misteri.. misteri… tapi yang dah tahu tu…sshhhh…
riana says
assalammualaikum, kalau kat bawah mata boleh tak?? kemungkinan lebam. terima kasih
che petua says
Salam Riana,
Petua nie tak sesuai untuk merawat mata seakan lebam tu. Kalau yang itu, lebih elko guna hirisan timun atau tomato.
Sama-sama.
cik ain says
kalo nk merahkan bibir caner plak ?
che petua says
Cik Ain leh cuba petua merahkan bibir nie.
cik syida says
Salam..che petua,klu kita gantikan lemon dgn limau nipis ke,limau purut ke..bleh x?kt kg ni agak susah nak cari lemon..trima kasih..
che petua says
Salam cik syida.. hmm… boleh kalau nak gantikan ngan limau nipis atau limau purut tu. Jangan guna limau mandarin dah ler..
Actually klau cari kat pasaraya besar leh dapat lemon tu. Apa2 pun kalau boleh jimat (tanam sendiri kat rumah) lagi bagus kan.
Sama-sama Syida.
sha says
Salam,
nak tanya saya mcm2 product pakai.. tp masih kelihatan hitam.
malu sgt berdepan ngn org lagi2 suami saya asek ketawa n mengutuk saya.
adekah lemon nie boley membantu? dan berapa lama process pemutihan siku tue?
che petua says
Ya, lemon boleh membantu. Itu lah petua yang diperturunkan. Selalunya bila kita guna sesuatu produk atau buat sesuatu tu kita nak tengok hasil yang cepat. Hmm.. ada benda boleh dapat cepat, ada pula yang ambil masa untuk lihat kesannya. Petua ni boleh diamalkan, dan tak pula memerlukan belanja yang besar dan kesannya juga semulajadi. Pasangkan niat nak jadi lebih cantik demi untuk membahagiakan hati suami kerana Allah. InsyaAllah, lebih cepat kesannya dan dapat pahala besar lagi!
Kalau ada banyak duit, boleh saja try produk-produk di pasaran satu persatu tu. Masing-masing claimed kata boleh memutihkan. Tapi macam biasa lah.. lain orang lain tindakbalas dan kesannya.
P/s: Orang lelaki ni biasalah.. suka cakap tak berlapik. Mungkin maksudnya nak bergurau tapi sesetengah lelaki kurang sensitif kepada ‘tindakbalas’ dan respon wanita yang jiwanya lemah-gemalai.