April 17, 2014

Petua Cili Pedih Pedas

Petua mata terkena cili

Cili atau cabai memang diketahui jenis yang panas! Tapi bagi mereka yg tahu menikmatinya memang tak boleh hidup tanpa cili. Kalau tak ada cili kira macam kurang selera lah nak makan tol tak..!? Bab makan tu satu hal, tapi bab nak menyediakan masakan bercili ni pulak satu hal yg lain. Silap haribulan, perghhh… susah woo mau cakap.

Ni haa.. nak kongsi sikit petua pasal cili nie. Petua yg boleh diamalkan kalau cili masuk dalam mata.

Petua kalau cili masuk mata

petua cili masuk mata

Zaman sekarang nie orang kisar cili pakai blender jer.. Tapi ada juga orang yang sukakan keunikan dan golongan yang masih mengekalkan tradisi menumbuk cili pakai lesung tuk buat sambal. Hmmm… sebenarnya buat sambal belacan pakai lesung nie lebih sedap kalau nak banding dengan kisar pakai blender tuh.. ish.. tetiba jer rasa lapar.. hehe..

Kalau masa tengah tumbuk sambal tetiba cili masuk mata. Camna nak buat? Ikut petua lama nie. Kalau cili masuk mata kanan, jirus ibu jari kaki kiri. Sebaliknya kalau kena mata kiri, jirus ibu jari kaki kanan. Cuba tengok apa jadi… Setakat ni che petua tak pernah kena lagi lah pasai selama nie tumbuk cili pakai reben hitam.. hehe..

ATAU

Kalau kat sebelah tu tetiba ada garam, cuba lak petua  nie.. Ambil garam secubit dan hisap. Telan sikit air garam tuh.. InsyaAllah, ikut petua orang dulu-dulu nie, dalam satu dua minit mata dah tak pedih..

laman petua:

cara menghilangkan pedih cili, cara hilangkan pedas di tangan, petua hilangkan panas cili di tangan, petua menghilangkan pedas cili di tangan, petua hilangkan pedih cili di tangan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. MIRA says:

    hehe…cara ke dua tu btl…selalu cuba dan menjadi..=)

Speak Your Mind

*