November 1, 2014

Petua Cirit-Birit

Salam,

Kekadang bila dah banyak sangat makan benda pedas perut kita akan rasa memulas semacam.  Satu lagi puncanya mungkin kerana perut kita terkejut kerana pelbagai jenis makanan yg dimasukkan dalam perut terutama bila musim perayaan.  Selama nie mungkin kita cuma pekena nasi atau roti jer setiap hari. Tapi bila time raya.. hmmm.. uols tahu lah kan.. pantang letak atas meja… semua nak dicuba.. hehe… Ye lah kan, kalau tak menjamah tuh nanti kecil hati lak tuan rumah tuh.. ehemm..ehemm..

Okey.. nie ada petua untuk sesapa yg rasa perut tu dah macam gunung berapi yg ‘tengah aktif’… yang kejap-kejap naksenak perut meletup tuh.. Lagi satu nak pesan, cirit-birit nie tak leh dipandang ringan tau.. sebabnya kalau dah berlarutan dan sampai tahap kronik, badan kita boleh jadi lemah longlai disebabkan kekurangan air dan garam dalam badan..

So, seeloknya cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik, untung-untung leh dapat MC hehe… Untuk sesapa yg nak cuba cara tradisional leh cuba petua merawat cirit-birit nie:

Petua Merawat Cirit-Birit

Bancuh tiga sudu kecil teh dengan segelas air panas. Buat teh kosong jer, jangan taruh gula. che petua selalu amalkan petua nie.. Bila dah agak suam sikit, minum teh tu sikit-sikit. InsyaAllah memang sangat berkesan.

Bagi sesetengah orang yg tak serasi atau memang tak suka minum teh atas sebab-sebab tertentu.. ada petua lain yg boleh dicuba.  Tapi, agak remeh sikitlah petua alternatif nie berbanding dengan minum teh kosong.

Petuanya ialah ambil dua genggam beras, kendian goreng dalam kuali tanpa menggunakan minyak.  Goreng biar macam beras terbakar kat Langkawi tuh.. Bila beras tu dah betukar kehitaman, angkat dan rendamkan pula dalam segelas air sejuk.  Biar beras tuh kembang dan mengeluarkan air yg berwarna hitam.  Tapis air tuh dan minum airnya kira-kira suku cawan.  Jika masih terasa memulas, ulang minum suku cawan lagi sebanyak 2-3 kali atau sehingga sembuh.

Selain tuh, jangan lupa untuk minum banyak air untuk menggantikan cacair dalam badan yg hilang.. Maklumlah, air keluar ikut bawah.. dah tu.. badan lak peluh-peluh lagi kerana menahan rasa memulas tuh.. ahaks..

laman petua:

petua cirit birit, ubat cirit birit, petua hilangkan cirit birit, cirit birit, cara menghilangkan senak perut
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. izzah says:

    sy baru kawin. saya masih belajar, jd lepas sy buat dgn suami sy, sy tkot ngndung. sy ad lagi 3sem lg. apa petua yg boleh sy amalkan untuk elak ngndung?

Speak Your Mind

*