Petua Cuci Baju Terkena Karat

Pakaian terutama yang berwarna cerah yang terkena sesuatu yang meninggalkan kean atau tanda contohnya dakwat pen, kopi, kuah gulai, darah dan yang seangkatan dengannya perlu cepat-cepat dibersihkan.

Tapi waktu nak mencuci tu kenalah bertempat. Jangan lak bila tertumpah kopi atas baju atau seluar masa tengah makan kat kedai… dengan selamba jer korang buka pakaian dan cuci kat situ .. ahaks.. So, pepandailah tengok-tengok keadaan, tapi at least cuba cuci bahagian yang terkena tu dengan mengalirkan air bersih ke atasnya supaya kotoran atau tanda tidaklah susah untuk dibersihkan bila mencuci di rumah kelak.

Lazimnya, kotoran atau tanda yang terkena baju nie bila dibiarkan atau lambat dicuci maka:

  • tanda kotoran tu akan menjadi kering dan lebih susah dibersihkan
  • pakaian yang terkena tanda atau kotoran degil tu kalau dah tercampur ngan pakaian lain masa direndam untuk dibasuh akibatnya tanda tu boleh merbak pula ke bahagian lain dan juga pakaian-pakaian lain.
  • jika terendam dalam air panas pula sesetengah kotoran tu akan menjadi bertambah ‘melekit’ contohnya darah atau sisa kuah.

So, sebaik-baiknya kalau terkena.. cepat-cepatlah cuci bahagian yang terkena kotoran tu dengan cermat supaya tak merebak pula ke bahagian lain.

Hmm.. ini ada petua lama untuk mencuci baju yang terkena karat.

Petua Mencuci Pakaian Terkena Karat

Sediakan dua biji limau nipis, belah dan keluarkan bijinya. Lepas tu ambil belahan limau nipis tu dan gosokkan ke bahagian baju atau seluar yang terkena karat. Kendian rendamkan pula baju tu ke dalam sebekas air yang dicampur dengan sedikit garam.

Rendam selama satu dua jam, lepas tu barulah dibasuh pakaian tu dengan sabun seperti biasa.

laman petua:

cara hilangkan karat pada pakaian, hilangkan karat pada baju, cara hilangkan kesan karat pada baju, cara hilangkan karat pada baju, petua hilangkan karat di baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>