September 2, 2014

Petua Cuci Kuali dan Periuk

Salam,

Kerja-kerja di dapur memang memenatkan. Nak masak lepas tuh nak menghidang.. Dah habis makan pulak orang lain dah boleh relaks-relaks kat depan tv… tapi kaum pompuan nie nak kena pulak mengemas dan mencucipetua cuci periuk kuali pinggan mangkuk dan periuk belanga di dapur…

Bab mencuci nie kalau tak kena gayanya boleh makan masa berjam-jam… So, che petua nak kongsi lagi satu petua bagaimana nak gunakan teknik saintifik mencuci dengan pantas dan pada masa yg sama hasilnya bersih berkilau..

Petua Cuci Kuali – elak makanan melekat dalam kuali menyebabkan susah nak dicuci

Kalau selama ini korang susah payah menyental kuali untuk menghilangkan sisa-sisa kat dalamnya ketika membasuh, cuba amalkan petua yg simple nie.

Tiap kali lepas selesai memasak dan bila masakan tuh dah dialihkan dari kuali ke dalam mangkuk dsb.nya, tuang secawan air ke dalam kuali dan panaskan kuali sehingga air mendidih.

Lepas tuh biarkan ia seketika dan bila dah sejuk sedikit, barulah dibasuh kuali tu seperti biasa. Hasilnya sisa-sisa kat dalam kuali dengan senang saja akan tanggal bila dibasuh.

Petua Periuk Berkilat

Kalau nak bersihkan periuk sampai ia nampak berkilat pulak begini petuanya. Cara nie kena teliti sedikit.. he..he…

Ambil sedikit sabun mandi dan palitkan atau lekat pada berus gigi.  Carilah berus gigi yang tak pakai yer.. Hmm… tak pun kalau nak sabotaj suami yg pemalas tuh pakai jer berus gigi dia, baru padan muka.. Okey sambung balik, beruskan pada keliling periuk tuh dan lebihkan sedikit berusan pada tempat-tmpat yang kotorannya ketara.

Berus dengan cermat sehingga semua kotoran hilang, kendian barulah bilas dengan air bersih.  Bila dah selesai cuba perhatikan periuk tuh.. nampak berkilat kan.. hmmm.. siap boleh buat cermin lagi ..auww…!

laman petua:

periuk belanga, petua hilangkan karat kuali, cara bersihkan kuali, petua cuci kuali, petua cuci periuk
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*